‘Penasihat Baru’ PM kata hilang sokongan hanya andaian

Kerajaan hari ini masih lagi belum tumbang dan menguruskan negara ini seperti biasa sehingga undi percaya dibuat pada 6 September di Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang.

Penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, apa yang berlaku kini hanya andaian bahawa kerajaan telah kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen.

Oleh itu kata beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu wawancara berkata, kerajaan hari ini masih absah dan berjuang mementang wabak pandemik Covid-19 dan menyelesaikan krisis ekonomi yang getir serta menyantuni kehidupan rakyat yang terkesan.

Beliau juga memaklumkan kerajaan yang ada hari ini telah menyelamatkan negara ini daripada pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan yang langsung tidak cakna terhadap masalah rakyat.

“Kami juga menyelamatkan negara ini daripada penyangak menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri,” katanya.

‘Penasihat Baru’ PM kata hilang sokongan hanya andaian

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid kata ‘Kini kita tahu mana intan mana kaca’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker