Status ‘caretaker’, MIC jangan gelojoh
Status ‘caretaker’, MIC jangan gelojoh. MIC diingatkan untuk tidak mendahului keputusan, termasuk berhubung isu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berstatus “caretaker”, kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.
Sebarang kenyataan bahawa jawatan dalam Umno, termasuk Presiden, berstatus “caretaker” belum lagi dimuktamadkan, katanya di Facebook.
Ini kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sendiri, katanya, mengakui bahawa ia masih mengkaji dokumentasi penuh yang diserahkan oleh Setiausaha Agung Umno beberapa hari lalu.
“Kedua, pihak Umno masih mempunyai hak untuk memutuskan tindakan selanjutnya andaikata JPPM masih kekal dengan pandangannya setelah habis mengkaji segala dokumentasi yang diserahkan oleh Setiausaha Agung Umno,” kata beliau.
Katanya, JPMM juga tidak lagi memberi sebarang isyarat yang mempertikaikan status Umno sebagai parti politik yang sah.
“Cadangan-cadangan sensasi seperti mengubah Pengerusi BN (Barisan Nasional) jikapun hendak dibentang, eloklah dalam mesyuarat tertutup.
“Agak janggal jika MIC menggesa mesyuarat tetapi sebelum mesyuarat berlaku sudah menghebahkan cadangan. Ini dikhuatiri hanya menambah kepada kekeruhan,” tambah Shahril.
Terdahulu, FMT melaporkan MIC meminta satu mesyuarat Dewan Tertinggi BN diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan status terkini dan hala tuju kepimpinan gabungan itu.
Mengesahkan perkara itu, Presidennya, SA Vigneswaran berkata, ini kerana JPPM menjelaskan status perjawatan MKT Umno selepas tamat tempoh penggal kepimpinan 2018/2021 pada 30 Jun lalu adalah bersifat “caretaker” dengan parti itu tidak boleh membuat sebarang keputusan substantif.
Mesyuarat itu perlu diadakan segera katanya, bagi membolehkan BN menentukan jawatan tertinggi gabungan itu, termasuk pengerusi diserahkan sementara kepada parti komponen yang dipersetujui semua pihak.
Katanya, jika keputusan penyerahan sementara jawatan penting BN yang kini digalas pemimpin Umno itu tidak dilaksanakan, pihaknya bimbang segala keputusan yang dibuat oleh BN selepas 30 Jun tidak terpakai dan boleh dicabar dari segi undang-undang.
Status ‘caretaker’, MIC jangan gelojoh
Baca Artikel Menarik :
- Nama Najib dan Ku Li disebut-sebut PM Interim
- Lufya nasihat Janna Nick supaya berhijab
- Anwar jahil perlembagaan, speaker tiada kuasa tentukan majoriti PM
- Muhyiddin Mengadap Hadi
- Love Scam, rugi RM105,523 dipedayakan
- Resepi Puding Mangga Susu Best
Layari Laman Facebook MYKMU