Identiti 4 anggota TUDM maut dikenal pasti

Identiti 4 anggota TUDM maut dikenal pasti

KUCHING: Polis telah mengenal pasti identiti empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan Sudirman Kram berkata, mereka adalah Kpl U Ho Swee Boon dari Lundu, Kpl U Mohamad Ehsan Sehamat dari Asajaya, Laskar Udara (LU) Luk Nesly anak Nabau dari Sibu, dan Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli dari Kuching.

Beliau berkata, maklumat awal kejadian mendapati suspek dipercayai mengamuk dan masuk ke balai pengawal di kem Handau Skuadron 330 seterusnya mengambil senjata api.

“Ketika itu penyelia bertugas adalah Kpl Julaihi. Turut berada di situ adalah Kpl Mohd Saiful Dania, Kpl Jas anak Munap, LU Hezerin Muhd dan LU Afiq Nazmi Rozaidi.

“Kpl U Sharif Mohd Siddiq cuba menenangkan suspek tetapi suspek telah melepaskan tembakan dan terkena perut Sharif.

“Mendengar bunyi tembakan, kesemua saksi bertempiaran lari menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

TUDM dalam kenyataan pagi ini memaklumkan berlaku satu kejadian tembakan membabitkan empat anggotanya pada 7.15 pagi di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching ketika anggota sedang bertugas.

TUDM juga menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan polis selesai dan satu lembaga penyiasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian. FMT

Identiti 4 anggota TUDM maut dikenal pasti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker