Pembantu perubatan meninggal dunia di pusat kuarantin

Kuching: Pembantu perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditemukan meninggal dunia di bilik rehat di tingkat dua pusat kuarantin di King Centre, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, mangsa berusia 28 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakan sekerja jam 7.07 malam.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Mukah baru saja ditugaskan ke pusat kuarantin terbabit pada 2 Ogos lalu.



“Petugas kesihatan yang hadir bersama polis di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia dalam tempoh kira-kira tujuh jam sebelum disedari rakan sekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah, kesan pecah masuk atau kehilangan barangan milik mangsa.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut pada badan mangsa turut mendapati tiada sebarang kecederaan.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk saringan Covid-19 serta bedah siasat.



Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga mangsa. HM

Pembantu perubatan meninggal dunia di pusat kuarantin


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker