PM letak jawatan segera atau bubar Parlimen

PM letak jawatan segera atau bubar Parlimen. Perdana Menteri tidak lagi perlu menguji sokongan di Dewan Rakyat jika benar ketika ini hanya mendapat sokongan 100 ahli Parlimen.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan atau menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, semua itu sudah termaktub dalam Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam keadaan seperti ini, Perdana Menteri tidak lagi perlu menguji sokongan beliau di Dewan Rakyat. Beliau maklum dan tahu sokongan sebenar terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Khaled berkata, jumlah sokongan itu terbongkar dan menjadi pengetahuan umum apabila Istana Negara mengutus surat kepada Speaker Dewan Rakyat meminta dimaklumkan bilangan terkini sokongan Ahli Dewan Rakyat ke atas Perdana Menteri.

“Surat tersebut turut memohon agar jawapan diberikan pada 10 Ogos 2021. Permintaan Istana Negara bukan sahaja sesuatu di luar kelaziman tetapi menunjukkan bahawa penjelasan Perdana Menteri bahawa beliau masih mempunyai majoriti adalah diragui oleh Istana,” katanya.

Tambah beliau, jika surat berkenaan sahih, maka telah diabsahkan Speaker Dewan Rakyat bahawa Perdana Menteri telah hilang kepercayaan dan Muhyiddin perlu segera meletakkan jawatan.

Menurut beliau, Speaker Dewan Rakyat bertanggungjawab menjelaskan kedudukan surat yang tersebar itu.

“Jika tidak sahih, maka beliau harus segera menafikannya. Jika tidak beliau telah gagal menjalankan tugas dengan adil dan neutral serta sengaja bersekongkol dengan Perdana Menteri bagi mempertahankan keabsahannya yang telah hilang,” katanya.

PM letak jawatan segera atau bubar Parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adakah polis akan siasat Sanusi – Ramkarpal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker