Mewah Dan ‘Rare’, Sultan Johor Jadikan Genesis G90L Sebagai Kenderaan Rasmi Baharu
Mewah Dan ‘Rare’, Sultan Johor Jadikan Genesis G90L Sebagai Kenderaan Rasmi Baharu
Umum ramai yang mengetahui Sultan Johor merupakan antara ‘collector’ kereta terkenal di Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kenderaan klasik dan moden yang dijaga dengan rapi dalam garaj miliknya.
Semalam, DYMM Sultan Johor hadir ke majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Kehadiran baginda bersama DYAM Tengku Mahkota Johor (TMJ) ke majlis tersebut telah mencuri tumpuan orang ramai apabila melihat Sultan Johor dan TMJ menaiki kereta jenama Genesis yang rare dan jarang ditemui di atas jalan raya Malaysia.
Genesis G90L adalah sebuah kereta limosin mewah yang dihasilkan oleh pembuat kereta mewah dari Korea, Genesis. Jenama tersebut merupakan divisi bahagian kenderaan mewah untuk Hyundai Motor Group sejak tahun 2015 lagi.
Model kereta limosin mewah ini baru sahaja diperkenalkan di Korea pada awal bulan Julai lalu hadir dengan dua fungsi standard iaitu ‘Genesis Adaptive Control Suspension’ yang mengutamakan keselesaan penumpang dan ‘Intelligent Front-Lighting System’ dapat mengawal lampu hadapan secara automatik.
Jika pemilik mahu kereta limosin mewah ini nampak lebih bergaya, Genesis memberikan pilihan untuk upgrade rim tayar menjadi saiz 19-inci.
Lebih menarik lagi, model Genesis G90 hadir dengan edisi khas ‘G90 Stardust’ yang hanya dibuat sebanyak 50 unit sahaja untuk pasaran Korea. Bahagian dalam kereta tersebut menggunakan material kulit dua-tona dan metallic pore Ash wood untuk menambah eksklusiviti kereta limosin mewah ini.
Melihat reka bentuk yang eksklusif dan premium, tidak hairanlah DYMM Sultan Johor memilih model kereta dari Korea ini menjadi kenderaan rasmi untuk baginda menghadiri majlis-majlis rasmi.-TVC
Mewah Dan ‘Rare’, Sultan Johor Jadikan Genesis G90L Sebagai Kenderaan Rasmi Baharu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Nama Najib dan Ku Li disebut-sebut PM Interim
- Lufya nasihat Janna Nick supaya berhijab
- Anwar jahil perlembagaan, speaker tiada kuasa tentukan majoriti PM
- Muhyiddin Mengadap Hadi
- Love Scam, rugi RM105,523 dipedayakan
- Resepi Puding Mangga Susu Best
Layari Laman Facebook MYKMU
Lelaki Ini Guna Minyak Masak Ganti Petrol Agar Kereta Lebih Laju [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.