COVID-19: Lebih Ramai Kanak-Kanak Dijangka Dijangkiti Varian Delta

COVID-19: Lebih Ramai Kanak-Kanak Dijangka Dijangkiti Varian Delta

PAKAR penyakit berjangkit menjangkakan Amerika Syarikat bakal menyaksikan lebih ramai kanak-kanak dijangkiti COVID-19.

Menurut Dr Anthony Fauci, ia susulan penularan varian Delta yang lebih cepat menular yang kini dilaporkan di banyak negara di seluruh dunia.



Varian tersebut kini dilaporkan di 117 negara.

Bagaimanapun, ia masih belum jelas sama ada kanak-kanak yang dijangkiti varian Delta akan menyebabkan komplikasi terhadap golongan ini.

“Varian Delta ini lebih pantas menular berbanding Alpha. Oleh sebab itu, jangkitan dalam kalangan kanak-kanak dijangka akan meningkat dan walaupun mereka dalam golongan peratusan kecil, namun peratus itu bakal menyaksikan mereka perlu menerima rawatan di hospital.

“Beberapa kajian antarabangsa turut mendapati varian Delta menyebabkan komplikasi teruk dalam kalangan golongan dewasa,” katanya.

Justeru itu, langkah terbaik bagi melindungi golongan yang belum menerima suntikan vaksin ini adalah dengan memastikan ibu bapa mereka sudah divaksinasi.-Awani



COVID-19: Lebih Ramai Kanak-Kanak Dijangka Dijangkiti Varian Delta


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Dimana silapnya Bersatu dan kepimpinannya

Netizen puji Rahim pakai PPE bantu Shuib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker