Tarikh 7 September dijadual ‘Undi Percaya’ pada Muhyiddin

Tarikh 7 September dijadual ‘Undi Percaya’ pada Muhyiddin. Undian bagi menguji kepercayaan Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin Yassin dijadual berlangsung pada 7 September, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Perkara ini berdasarkan aturan mesyuarat parlimen.

“Buat masa sekarang, ini tarikhnya, dan notis telah dikeluarkan oleh speaker Dewan Rakyat supaya ia diadakan pada 7 September,” kata Saifuddin dalam sidang media maya hari ini.

Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 6 September ini.

Seperti biasa, titah diraja dijadual pada hari pertama sidang.

Sumber berkata, Muhyiddin sedang berdepan gesaan untuk memanggil sidang parlimen segera, termasuk daripada pihak istana.

Tarikh 7 September dijadual ‘Undi Percaya’ pada Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker