Kes rogol dikaitkan dengan Adun Gombak Setia, apa sudahnya?

Deputy PKR Youth chief Hilman Idham arrived to give his statement to police over Datuk Seri Azmi Ali sex scandal allegations at Sepang IPD in Sepang
MOHD SAHAR MISNI/The Star

Kes rogol dikaitkan dengan Adun Gombak Setia, apa sudahnya?

Seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol kepada dua lelaki yang dikaitkan dengan Adun Gombak Setia Hilman Idham akan memfailkan saman sivil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tindakan itu diambil selepas hampir sembilan bulan membuat laporan polis, dia belum mendapat sebarang jawapan mahu pun perkembangan siasatan, kata peguamnya, Asheeq Ali Sethi Alivi.

Asheeq berkata demikian setelah menghantar surat menuntut penjelasan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini

Katanya, surat pertama mereka pada 10 Jun melalui e-mel kepada PDRM dan ketua polis negara tidak berbalas.

“Kini, sudah berbulan masih tiada maklum balas sehingga hari ini. Ia juga sudah terlalu lama dan kami tidak lagi boleh menunggu,” katanya.

Katanya, saman itu akan difailkan jika surat terbaru hari ini tidak dijawab dalam masa tujuh hari.

Tambah Asheeq Ali, anak guamnya mempunyai hak untuk mengetahui perkembangan atau hasil siasatan polis atas aduan dibuatnya.

“Ini adalah kes rogol yang melibatkan nama-nama besar. Laporan juga telah dibuat tetapi kenapa mengambil masa yang terlalu panjang?” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial.

Asheeq membandingkan kes anak guamnya itu dengan kes lain sebelum ini.

“Laporan kes Adun Tronoh diterima 9 Julai 2019 dan dituduh bulan seterusnya dan kes kedua membabitkan wakil rakyat parti Amanah tindakan diambil dengan kadar segera tetapi kenapa kes ini hampir sembilan bulan tidak ada perkembangan?” soalnya.

Pada 24 Mei lalu, polis berkata hampir menyelesaikan siasatan berhubung tuduhan rogol terhadap wanita 33 tahun itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim yang dihubungi Malaysiakini ketika itu berkata, siasatan yang bermula Disember lalu dijangka selesai tidak lama lagi.

Terdahulu Azmi memberitahu wartawan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bahawa kertas siasatan akan diserahkan pada 25 Mei atau hujung minggu tersebut.

Mangsa membuat laporan polis pertama pada 5 Disember yang mendakwa dua lelaki merogolnya, namun menarik balik laporan pada 8 Disember kerana mendakwa diugut.

Dia bagaimanapun berubah fikiran dan meminta siasatan dilakukan pada Januari.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Salah seorang yang didakwa merupakan pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional, makakala seorang lagi dikatakan rakan Hilman.

Menurut laporan polis pertamanya, dia terbangun pada pukul empat pagi pada 5 Disember di sebuah bilik hotel dalam keadaan berbogel sendirian.

Wanita itu merasakan dirinya dinodai setelah menemui kondom di bilik mandi.

Wanita itu juga membuat laporan polis kedua pada 8 Mei dan mendakwa Hilman “merancang” insiden tersebut setelah makan malam sempena sambutan hari jadi dan sesi karaoke di sebuah hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Dia sebelum ini mengaku sebagai wanita dipapah ke bilik hotel dalam rakaman CCTV yang tular oleh seorang lelaki yang didakwanya sebagai Hilman.

PNBBC Portal melaporkan, Hilman pada 4 Mei menafikan kesahihan surat tular bahawa dia menjelaskan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan video itu.

Hilman ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini tidak memberikan sebarang komen. Mk

Kes rogol dikaitkan dengan Adun Gombak Setia, apa sudahnya?

Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker