Anggota Cawangan Khas IPD Jempol maut kemalangan
Anggota Cawangan Khas IPD Jempol maut kemalangan
SEREMBAN: Seorang anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan, dekat Jempol kira-kira pukul 2.50 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman berkata, mangsa, Koperal J. Vimel, 34, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu seorang dari arah Bahau menghala ke IPD Jempol. Setiba ditempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kereta jenis Proton Persona lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tebing serta tiang elektrik dibahu kiri jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Jempol yang tiba di lokasi. Mayat mendiang akan dibedah siasat pada pagi ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima 1,000 pek sumbangan barang keperluan daripada Presiden Dou Yee Manufacturing Sdn. Bhd., Tan Say Kee untuk diagihkan kepada golongan yang terjejas sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.
Che Zakaria dalam pada itu berkata, mendiang sudah bertugas hampir lapan tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
“Tiada unsur jenayah dalam kemalangan ini bagaimanapun siasatan masih diteruskan dan kita akan tunggu hasil laporan bedah siasat selesai.
“PDRM akan hantar mayat mendiang ke Sarawak secepat mungkin dan segala bantuan kebajikan, pengkebumian ditanggung sepenuhnya oleh PDRM,” kata beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Utusan
Anggota Cawangan Khas IPD Jempol maut kemalangan
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU
Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?
You must be logged in to post a comment.