Hanya acuan ‘Hijrah’ mampu satukan UMNO, PAS dan Bersatu

PAS, UMNO dan Bersatu perlu disatukan menerusi pendekatan acuan hijrah dengan mengambil kira masyarakat majmuk negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyatuan tiga parti teras Melayu-Islam dan Bumiputera itu bertujuan memimpin perubahan dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN).

Ia turut disertakan pendekatan masyarakat majmuk dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN) bersama prinsip yang anjal bagi melakukan perubahan positif.

Pada masa sama katanya, tidak menghapuskan rupa bangsa dan budaya masing-masing yang berkonsepkan tiada paksaan beragama dan adil kepada semua.

“Jangan terlepas pandang dalam mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah. Pelaksanaan realiti perpaduan dalam kalangan umat masyarakat majmuk yang paling berjaya dalam sejarah politik dunia.

“Kejayaan yang telah menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa, berkonsepkan adil kepada semua dan tiada paksaan beragama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, bersama konsep Islam adil kepada semua, ia telah membawa mesej yang menyatukan rakyat dalam masyarakat majmuk di kala Islam dilaksanakan dengan sempurna.

Katanya, inilah kejayaan yang dimulakan dengan hijrah Rasulullah ﷺ yang bersejarah.

“Inilah iktibar yang wajib dijadikan teladan oleh umat Islam, ketika kegagalan teori dan ideologi negara di seluruh dunia pada hari ini.

“Maka, pendekatan berdasarkan acuan hijrah ini perlu diperkenalkan semula di negara kita yang bermasyarakat majmuk,” katanya.

Hanya acuan ‘Hijrah’ mampu satukan UMNO, PAS dan Bersatu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Puad bidas KJ, jadikan Presiden UMNO sebagai kambing hitam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker