DAP PKR Dan Pembangkang Lain Utus Surat Tolak Muhyiddin

POLITIK tanahair makin bergolak apabila blok pembangkang berkata bahawa pembangkang pula telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak perdana menteri itu. Kesemua 105 ahli parlimen daripada Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Muda, Amanah dan Maszlee Malik (Bebas) menghantar surat tersebut.

Sebelum ini, Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin.

Untuk makluman, baru-baru ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melafaz sumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” di depan beberapa Ahli Parlimen UMNO, selepas ditanya adakah beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Presiden UMNO itu juga berkata, sumpah berkenaan turut berkaitan dengan dakwaan daripada beberapa pemimpin parti tersebut bahawa beliau akan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Perkara ini didedahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengakui turut hadir dalam pertemuan Ahmad Zahid dengan beberapa Ahli Parlimen baru-baru ini.

Jika kita kaji, Umno serahkan surat tolak Muhyiddin pada 29 Julai. Jadi, jelas lapan ahli parlimen Umno telah tolak Muhyiddin pada 30 Julai. Sekiranya dicampur dengan pembangkang 105 maka jumlahnya 113 anggota pada ketika itu.

Oleh itu, Muhyiddin dilihat telah menipu Seri Paduka Baginda bahawa dia masih mempunyai mandat di Dewan Rakyat.

Pada 3 Julai, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil keputusan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin. Seramai 15 ahli parlimen Umno dikatakan telah memutuskan kerjasama dengan kerajaan PN dan Muhyiddin.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh sebelum ini menegaskan masih mempunyai majoriti di parlimen selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 4 Ogos. Dia juga berjanji untuk membawa usul undi percaya pada sidang parlimen yang dijadual bulan depan. Jika terbukti benar Muhyiddin menipu YDP Agong maka tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap beliau.

– Nurul Aisyah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker