[VIDEO] Khaby Lame, Bintang Parodi Tips TikTok Paling Popular Di Itali

Seorang lelaki berjaya mengumpul 58.9 juta pengikut menerusi aplikasi TikTok sekali gus menjadi bintang TikTok paling popular di Itali selepas memuat naik pelbagai video memperlekehkan tips menyelesaikan masalah harian (life hack), lapor portal MailOnline kelmarin.

Akaun Khaby Lame, 21, diikuti ramai pengguna susulan aksinya yang memaparkan parodi tips menyelesaikan masalah harian. Videonya menyaksikan dia menggunakan cara lebih mudah dengan reaksi wajah bersahaja, tanpa dialog.

Antara videonya yang paling kerap ditonton adalah parodi seorang pengguna TikTok lain yang menggunting bajunya kerana tersepit pada pintu kereta.



@khaby.lame

Bro why you ruined a T-shirt ?👕😔It was so easy…. – Fratello perché hai rovinato una T-Shirt?👕😔#learnfromkhaby #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok

♬ suono originale – Khabane lame

Lame dengan wajah selamba melakonkan semula aksi itu, namun menggunakan cara lebih mudah iaitu membuka pintu kereta bagi melepaskan bajunya yang tersepit.



Video tersebut menerima 158 juta tontonan setakat ini.

Setakat ini, laman TikTok Lame mempunyai lebih 58 juta pengikut dan 791 juta tanda suka.

Video-videonya kebiasaannya tidak mempunyai dialog, dan dia hanya berinteraksi dengan menggunakan bahasa tubuh dan mimik mukanya yang bersahaja. – AGENSI

[VIDEO] Itu Makanan Kucing?-Netizen.. Pekerja Kongsi Rupa Sebenar Makanan Subway Di TikTok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker