Dakwaan MP Sekijang ditawar habuan: SPRM Johor siap siasatan fasa 1



Sebaran :


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menyiapkan fasa pertama siasatan kes tawaran habuan untuk melompat parti membabitkan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Pengarahnya Azmi Alias dilapor berkata empat saksi, termasuk Natrah, dipanggil untuk merekodkan kenyataan.

“Siasatan dari segi fasa pertama selesai dan kita serahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk membuat keputusan.



“Empat saksi yang kita panggil termasuk Natrah,” katanya di SPRM Johor, hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Natrah berkata dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’ telah mengunjungi dirinya dalam cubaan supaya wakil rakyat PKR itu menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Nathrah tidak mendedahkan lanjut identiti dua individu yang mengunjunginya itu atau butiran tawaran yang diterimanya jika menyokong kerajaan PN.



Natrah berkata dia menolak tawaran itu.

Pada 7 Mac, Natrah memfailkan laporan kepada SPRM Johor yang terus membuka kertas siasatan. Mk


Sebaran :


Leave a Reply