Penipu besar betulnya Muhyiddin dengan Wan Saiful
Penipu besar betulnya Muhyiddin dengan Wan Saiful
Najib sangkal dakwaan mahu kes digugurkan
Rupanya yang dikatakan saya mahu Muhyiddin campur tangan dalam perbicaraan saya ialah kononnya saya mahu hakim ditukar dalam kes rayuan SRC saya – bukan nak gugurkan kes atau apa.
Laa…. sembabnya dorang ini.
Sejak pertubuhan kerajaan PN sampai sekarang, saya hanya pernah bermesyuarat dengan Muhyiddin sekali sahaja pada akhir bulan Disember 2020.
Sebelum itu tak pernah dan selepas itu pun tak pernah.
Saya pergi jumpa dia pada bulan Disember itu sebab saya nak jelaskan isu pengeluaran wang KWSP dari akaun 1 yang banyak syarat masa itu.
Saya juga pernah buat posting masa itu untuk memaklumkan perkara ini di mana dia jawab bahawa skim yang diberi Mentei Kewangan dengan pelbagai kategori serta syarat “sudah elok”
Baca Artikel Menarik :
- Pandelela cemas kepala hampir terkena platform
- Saya dan Dhabitah sudah lama berpisah
- Resepi Gulai Nangka Muda Ikan Masin Sempoi
- Najib memberi teguran kepada pengkritik kerajaan
- Najib, UMNO Peroleh Kembali Aset Yang Disita Bernilai RM114 juta
- Tuduh saya mencuri tapi pujuk suruh sokong PM
- Horse-trading for the PM’s post, Muhyiddin keep fighting
Layari Laman Facebook MYKMU
Lalu kita bincang tentang perkembangan kes saya dan saya tanya dia sama ada dia tahu hakim bagi kes SRC saya sudah diganti dan ditukar selepas perbicaraan kes bermula.
Digantikan pula oleh seorang hakim baru dilantik setahun yang dipindah dari mahkamah sivil ke mahkamah jenayah.
Bermakna seorang hakim yang baru dilantik ke mahkamah sivil tanpa sebarang pengalaman atau kes jenayah tiba-tiba mengganti hakim sedia ada untuk kes mahkamah paling high profile masa itu (iaitu semasa era kerajaan PH).
Masa saya tanya dia ialah bulan Disember 2020. Hakim tersebut sudahpun jatuhkan hukuman ke atas saya pada bulan Julai 2020.
(Nak tukar hakim selepas perbicaraan sudah berakhir dan keputusan hakim sudah buat ke?)
Saya tanya dia jika dia sedar tak perkara ini.
Saya tanya dia negara mana yang kes paling high profile tiba-tiba ditukar hakim selepas perbicaraan kes sudah bermula dan diganti dengan seorang hakim baru dilantik setahun yang langsung tiada sebarang pengalaman kes jenayah dan hanya dipindah dari mahkamah sivil untuk ganti hakim kes saya.
Sedangkan ianya kebiasaan bahawa hakim yang lebih berpengalaman akan dipilih untuk kes profil paling tinggi – bukan hakim tiada pengalaman.
Muhyiddin jawab kononnya dia tak tahu perkara ini.
Lalu dia cakap pada saya bahawa BN perlu sokong dia sebab dia PM paling popular.
(selepas itu pula terkeluar buku Tommy Thomas yang kata dia amat gembira hakim kes saya sudah tukar dan hakim tersebut juga telah dipindah balik ke mahkamah sivil selepas perbicaraan kes saya selesai).
Kesemua ini sudahpun saya post beberapa kali dalam FB saya dan juga merupakan antara isu yang dihujah peguam saya dalam perbicaraan mahkamah rayuan pada bulan April 2021.
“6 April 2021: Rayuan Najib: Hakim Nazlan bertindak macam pendakwa raya kedua – Shafee”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rayuan-najib-hakim-nazlan-bertindak-macam-pendakwa-raya-kedua-shafee-292003
Lagipun, ianya juga mustahil untuk saya minta tukar hakim mahkamah rayuan sebab 3 hakim bagi mahkamah rayuan hanya dipilih pada bulan April 2021 sedangkan saya hanya jumpa Muhyiddin pada bulan Disember 2020.
Tambahan pula, perhimpunan PAU UMNO sudahpun berlangsung pada bulan Mac 2021 dengan keputusan tarik diri dari kerajaan PN – iaitu juga sebelum pemilihan hakim mahkamah rayuan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/801011/pau-2020-umno-muktamad-tolak-kerjasama-dengan-bersatu
Jadi, macam mana pulak saya minta tukar hakim sedangkan hakim belum dilantik dan UMNO sudah putuskan untuk tarik diri dari PPBM?
Penipu besar betulnya Muhyiddin dengan Wan Saiful Wan Jan ini.
Orang tanya dia jika dia sedar hakim saya sudah ditukar dan kenapa hakim saya ditukar dia cerita pula saya minta tukar hakim.
Kalau mereka sanggup menipu YDP Agong, Rakyat, parlimen dan ada track rekod suka khianat, sudah tentu mereka akan tipu tentang perkara ini juga untuk digunakan sebagai alasan kenapa saya tak mahu sokong kerajaan gagal.
Lebih elok, korang lapor polis kata ada saya nak suruh Muhyiddin tukar hakim kes saya.
Nyatakan bila saya pernah minta Muhyiddin sedangkan sejak permulaan tahun saya dan UMNO tak lagi berhasrat bersama kerajaan yang berkali-kali gagal. Najib Razak
Penipu besar betulnya Muhyiddin dengan Wan Saiful
1MDB SRC Solar dll?