Najib dikunjungi Ismail Sabri bersama beberapa menteri

Sebaran :

Najib dikunjungi Ismail Sabri bersama beberapa menteri

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak malam ini.

Pertemuan dikatakan berlangsung di kediaman Najib sejak jam 8 malam dan berakhir tiga jam selepas itu.

Sumber MalaysiaGazette memaklumkan selain Ismail Sabri, turut kelihatan tiga kenderaan menteri mengiringi Naib Presiden UMNO itu.

Pertemuan dipercayai bertujuan menjelaskan pendirian mereka menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia berikutan menteri-menteri UMNO masing-masing memegang portfolio penting berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan tanggungjawab tersebut perlu diberi keutamaan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ia ada kaitan dengan desas-desus yang Ismail Sabri akan mengadakan sidang media esok bersama menteri-menteri UMNO berhubung pendirian mereka untuk tidak menarik sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setakat ini hanya seorang menteri UMNO iaitu Datuk Shamsul Anuar Nasarah telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli selepas Majlis Tertinggi parti itu memutuskan menarik semula sokongan terhadap PN dan Muhyiddin.

Keputusan itu dibuat berikutan kemelut PN dan Istana Negara berhubung pembatalan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang diputuskan Kabinet Muhyiddin pada 21 Julai lalu. MG

Najib dikunjungi Ismail Sabri bersama beberapa menteri

Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut


Sebaran :

Leave a Reply