Laporan polis terhadap Muhyiddin, lagi akan menyusul

Laporan polis terhadap Muhyiddin, lagi akan menyusul

Dakwa kenyataan PM babit campur tangan cabang eksekutif, kehakiman, Pemuda Umno buat laporan polis

Pemuda Umno Bahagian di seluruh negara membuat laporan polis semalam berhubung dakwaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa beliau didesak campur tangan dalam kes mahkamah.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, laporan itu dibuat kerana dakwaan terbabit dianggap amat serius susulan membabitkan campur tangan cabang eksekutif dan kehakiman yang bertanggungjawab terhadap sistem keadilan negara.

Katanya, Perdana Menteri seolah-olah mewujudkan persepsi bahawa sistem kehakiman negara boleh dijual beli, sekali gus merosakkan imej serta integriti mahkamah sebagai institusi yang mendaulatkan keadilan.

“Dalam ucapannya, Mahiaddin (Muhyiddin) menyatakan dan petikan kenyataan berkenaan adalah seperti berikut, …’ini termasuklah desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah’.

“Pemuda Umno percaya dakwaan dibuat Perdana Menteri ini amat serius kerana membabitkan campur tangan cabang eksekutif dan kehakiman yang bertanggungjawab terhadap sistem keadilan negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa dikenakan tekanan oleh “pihak tertentu” supaya mencampuri kes mahkamah dan membebaskan beberapa individu daripada tuduhan jenayah.

Dalam siaran langsung itu beliau berkata, individu terlibat tidak senang dengan ketegasannya enggan melayan permintaan “kluster mahkamah”, yang dipercayai merujuk kepada beberapa pemimpin Umno yang berdepan pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Selain itu, Asyraf berkata, persepsi yang tidak baik cuba ditimbulkan oleh Perdana Menteri terhadap kepimpinan Umno khususnya presiden dan bekas presidennya adalah kerana ingin mengalih perhatian rakyat daripada terus melihat kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19.

“Kita memahami laras bahasa Perdana Menteri yang cuba membentuk persepsi tidak baik terhadap kepimpinan Umno, khususnya presiden dan bekas presiden.

“Sedangkan kedua-duanya telah memaklumkan berkali-kali mahu berjuang di mahkamah bagi membersihkan nama mereka daripada segala pertuduhan dan tidak akan sesekali mengheret parti,” katanya.

Katanya, beliau kesal dengan tindakan Muhyiddin yang sanggup berbuat demikian untuk kekal berkuasa.

“Pemuda Umno mendesak polis menyiasat segera dakwaan ini yang boleh dianggap satu fitnah berniat jahat untuk menghina dan mempersendakan seteru politiknya,” katanya. FMT

Laporan polis terhadap Muhyiddin, lagi akan menyusul

Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker