Lawan Pengkhianat Dalam Pengkhianatan

muhyiddin

Lawan Pengkhianat Dalam Pengkhianatan

PENGKHIANAT dalam politik itu amat tidak disenangi. Bagaimanakah caranya untuk mengenali mereka dalam kemelut Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang begitu sinonim dengan kerajaan Pintu Belakang/Tebuk Atap ini. Semua pihak berada dalam keadaan gundah gulana disebabkan politik negara yang tidak stabil. Langkah yang dibuat oleh Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini dilihat bagaikan mengumpan pendedahan identiti para pengkhianat tersebut.

Langkah dimulakan dengan persidangan Media pada 3 Ogos 2021 oleh Datuk Seri Zahid bersama sebelas orang Ahli Parlimen yang menyatakan penarikan sokongan kepada Kerajaan PN. Disusuli dengan seorang Menteri PN mengistiharkan peletakan jawatan serta merta.

Malah Presiden UMNO menekankan bahawa TS Mahiaddin, Perdana Menteri Kerajaan PN telah hilang Majoriti dan patut meletakan jawatan serta merta.Dalam kekalutan tersebut, menurut sumber yang viral di media sosial, pihak PN menelefon YB2 dari Pembangkang untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan Kerajaan PN.

Akhirnya pada 4 Ogos 2021 beliau mengadap YDP Agong, bagi menyatakan beliau masih cukup majoriti. Kononnya 8 SD dari Umno yang menarik diri tidak mengugat Kerajaan sedia ada. Mereka masih lagi ada Majoriti dan bersedia untuk membawa Usul Undi Percaya pada Sidang Dewan September 2021 nanti.

Tujuan Zahid menghantar 8 SD awal bermotif. Beliau dan pemimpin Pembangkang yang lain mahu kenal pasti siapa Musang berbulu ayam dalam parti masing masing. Kini Senarai SD yang menyokong TS Mahiaddin sudah diserahkan kepada YDP Agong.

Jika senarai itu terdedah, maka Pembangkang dan UMNO kenal dapat mengenalpasti siapakah talibarut Kerajaan PN yang menyokong Kerajaan PN dan yang juga selama ini menjadi talian hayat mereka.

8 SD awal masih belum menumbangkang Kerajaan PN, yang ada 114 MP sahaja? Bermakna PN sebenarnya ada 106 MP sahaja lepas 8 MP Umno tarik diri. Untuk dapat Majoriti Mudah, PN perlu ada 111 orang. Dari mana datang 5 lebih MP hantu tersebut jika bukan dari Blok Pembangkang? Senarainya sudah ada pada YDP Agong. Bila 5 lebih MP Hantu diketahui. DS Zahid dikatakan akan mengumumkan beliau akan tambah lagi SD.

Berdasarkan congakkan, beliau kena ada minimum 15 SD untuk mengatasi 5 lebih MP dalam Pembangkang yang akan berpaling tadah/pengkhianat jika Zahid hendak tumbangkan Kerajaan PN yang dipimpin oleh TS Mahiaddin.

Menurut sumber dalaman, dijangka ramai lagi Ahli Parlimen UMNO akan tinggalkan Kerajaan PN dalam tempoh berberapa harini. DS Zahid tidak akan istihar serentak.

Rakyat tidak perlu menunggu hingga bulan September 2021 bagi menamatkan kemelut ini. Apabila DS Zahid bagi list tambahan baru maka TS Mahiaddin kena pergi ke Istana Negara semula untuk mengesahkan samada dia mempunyai majoriti atau pun tidak.

Cermat sekali strategi DS Zahid untuk tumbangkan PN, beliau perlu rangka strategi khas untuk lawan Pengkhianat dalam Pengkhianatan. Kita tunggu dan lihat samada TS Mahiaddin akan dipanggil lagi ke Istana atau terus kepada Sidang Parlimen Khas untuk tentukan keabsahannya sebagai PM.

– Nurulaisyah

Lawan Pengkhianat Dalam Pengkhianatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker