Siapa Perdana Menteri Selepas Parlimen Bersidang?

Siapa Perdana Menteri Selepas Parlimen Bersidang Pada Bulan September?

3 Ogos 2021, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa UMNO telah membuat ketetapan untuk menarik balik sokongan kepada Mahiaddin Md Yasin dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Sehubungan dengan itu, dalam satu kenyataan media, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan bahawa telah persembahkan surat penarikan diri Ahli Parlimen UMNO dan jumlah Ahli Parlimen UMNO yang menarik diri adalah mencukupi untuk membuatkan Mahiaddin dan Kerajaan Perikatan Nasional kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen pembangkang pula, pada 2 Ogos 2021, telah dihalang dari memasuki Dewan Rakyat.

Ekoran dari halangan itu, Ahli Parlimen pembangkang telah berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Dalam ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menyatakan jumlah Ahli Parlimen yang bersama-sama pembangkang adalah seramai 107 orang dan ini sudah semestinya tidak termasuk Ahli Parlimen UMNO.

Dalam kenyataan Media Khas, Mahiaddin mengatakan bahawa beliau menyatakan bilangan Ahli Parlimen UMNO yang menarik balik sokongan dari Perikatan Nasional adalah seramai 8 orang dan mendakwa bahawa beliau masih lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, namun beliau tidak nyatakan secara tuntas berapa jumlah Ahli Parlimen yang masih menyokong beliau.

Mahiaddin juga menyatakan beliau akan mengemukakan usul undi percaya di dalam Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang semula pada bulan September ini.

Sekiranya kita mengambil kira bilangan Ahli Parlimen pembangkang seramai 107 orang seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim dan dicampur dengan 8 orang Ahli Parlimen UMNO yang dinyatakan oleh Mahiaddin dalam kenyataan Media Khas, ternyata jumlah yang tidak menyokong Perikatan Nasional adalah seramai 115 orang Ahli Parlimen.

Ini bermakna, dengan kenyataan Mahiaddin, beliau sendiri telah mengesahkan kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.

Adakah Mahiaddin sekali lagi mengelirukan SPB YDP Agung, sebagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen), Takiyudin Hasan, mengelirukan Ahli Parlimen?

Dari ‘body language’ Mahiaddin dan Menteri Kabinet yang berada di belakang beliau, jelas menunjukkan mereka berada dalam keadaan tidak ceria.

Atau adakah saat ini Mahiaddin menyedari bahawa beliau memang tidak mempunyai sokongan majoriti tetapi memerlukan masa untuk mencukupkan bilangan sokongan dengan ‘scheme of things’ tajaan beliau?

Berapa ramai agaknya katak-katak politik yang akan ditemui oleh broker politik untuk memastikan bos mereka mempunyai angka yang cukup?

Meletakkan dirinya setaraf netizen jalanan, Mahiaddin sekali lagi cuba menyorokkan kegagalan beliau dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO.

Sekiranya tiada respon balas dari blok pembangkang atau dari UMNO, paling lewat, segala-galanya akan terjawab pada bulan September 2021.

Apakah sejarah kejatuhan Menteri Besar Perak di dalam Dewan Undangan Negeri Perak akan berulang di dalam Dewan Rakyat nanti.

Sama-sama kita nantikan, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri selepas Parlimen bersidang pada bulan September ini.

Siapkan pop corn banyak-banyak. Edisi Siasat

Siapa Perdana Menteri Selepas Parlimen Bersidang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker