Khaled sah letak jawatan esok

Sebaran :

Khaled sah letak jawatan Pengerusi Boustead esok

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin akan meletak jawatan sebagai pengerusi Boustead Holding Berhad, esok.

“Ya saya akan meletakkan jawatan esok,” katanya ketika dihubungi FMT.

Boustead Holding Berhad merupakan sebuah anak syarikat kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Pertahanan.

Khaled juga berkata, keputusan tersebut dibuat susulan penarikan sokongan Umno terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Malah terdapat spekulasi mengatakan bahawa Menteri Pendidikan Tinggi, Noraini Ahmad juga dijangka mengumumkan peletakan jawatan beliau.

Semalam, Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Beliau memaklumkan ia dibuat selepas mengambil kira keputusan pucuk pimpinan Umno.

Tidak lama selepas itu, pada hari yang sama mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan Umno. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Khaled sah letak jawatan esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply