Dakwaan pesakit duduk atas latai beralas kadbod tidak benar – HTAR
Dakwaan pesakit duduk atas latai beralas kadbod tidak benar – HTAR
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menafikan dakwaan bahawa pesakit di hospital berkenaan terpaksa duduk di atas lantai beralaskan kadbod.
Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi dalam kenyataan menerusi Facebook HTAR berkata setelah semakan dan siasatan dibuat, pihaknya mendapati tiada pesakit duduk di atas lantai atau kadbod di mana-mana kawasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma.
“Untuk makluman, sekiranya tiada katil yang mencukupi untuk menampung jumlah mereka, pesakit akan diletakkan di kerusi atau kerusi roda buat sementara waktu,” katanya.
“Malah, jabatan berkenaan kini sedang menunggu pembukaan hospital lapangan di HTAR dijangka beroperasi dalam beberapa hari lagi bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang agak ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tangkap layar laporan sebuah portal berita dalam talian yang dikongsi seorang ahli politik tempatan di akaun Facebooknya yang mendakwa bekalan dan peralatan perubatan tidak mencukupi di HTAR.
— BERNAMA
Dakwaan pesakit duduk atas latai beralas kadbod tidak benar – HTAR
Baca Artikel Menarik :
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
- Muhyiddin kekal PM, bergabung dengan Pejuang, Warisan?
Layari Laman Facebook MYKMU
Noor Hisham tersepit, dipersoal berat sebelah
You must be logged in to post a comment.