Varian Delta menular hampir di seluruh Indonesia
Varian Delta menular hampir di seluruh Indonesia
JAKARTA: Kajian spesimen menunjukkan penularan varian Delta COVID-19 hampir sekata di seluruh Indonesia, menurut jurucakap vaksinasi COVID-19 Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi.
“Varian Delta mendominasi 86 peratus daripada urutan spesimen yang dilakukan dalam tempoh 60 hari terakhir di 24 wilayah sehingga dapat dikatakan bahawa ia menular hampir sekata di seluruh Indonesia,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Memetik laporan antaranews.com, rangkaian makmal penjujukan genom di bawah Badan Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan (Litbangkes) terus meneliti corak penularan varian COVID-19 di Indonesia.
Dari awal tahun hingga 28 Julai lalu, Indonesia melaporkan 3,651 hasil penjujukan genom ke dalam pangkalan data global. Hasil kajian menunjukkan negara perlu berwaspada terhadap tiga daripada empat varian coronavirus, iaitu varian Alpha, Beta dan Delta.
Laporan itu memberi amaran potensi jangkitan COVID-19 di Indonesia masih sangat tinggi, katanya.
Bagi membendung penyebaran COVID-19, kerajaan sedang memperkasakan ujian saringan dan pengesanan terutama di kawasan padat penduduk.
Mekanisme penjejakan menggunakan perisian Silacak untuk memudahkan pengesanan kontak rapat pesakit. Penduduk yang mempunyai kontak rapat akan dinasihatkan untuk melakukan kuarantin kendiri.
Kerajaan komited meningkatkan kadar pengesanan daripada sekitar 300,000 menjadi 500,000 ujian sehari.
“Kami juga mempercepatkan vaksinasi untuk meningkatkan imuniti badan. Vaksinasi juga dapat mengurangi risiko dijangkiti, menderita penyakit serius, bahkan risiko kematian,” katanya.
Orang ramai diingatkan sentiasa melaksanakan protokol kesihatan dengan ketat.
Trend kes baharu tetap tinggi dengan purata 40,000 setiap hari.
Selain itu, potensi penularan varian Delta sangat tinggi dan menjadi antara faktor meningkatkan kadar kematian di Indonesia. BH
Varian Delta menular hampir di seluruh Indonesia
Baca Artikel Menarik :
- Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li
- Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil
- Penduduk kampung jerit minta Jokowi buka sekatan
- Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak
- Sajat diberi notis bankrap, gagal bayar ganti rugi
- Resepi kek coklat kukus laku keras
Layari Laman Facebook MYKMU