Olimpik Tokyo: Juara dunia bangkit menangi saingan selepas terjatuh [VIDEO]

Olimpik Tokyo: Juara dunia bangkit menangi saingan selepas terjatuh

PELARI jarak jauh Belanda yang juga juara dunia, Sifan Hassan berdepan detik mencemaskan ketika beraksi dalam saingan kelayakan acara 1,500 meter apabila dia terjatuh.

Sifan cuba mengelak atlet Kenya, Edinah Jebitok yang terlebih dahulu terjatuh di depannya menyebabkan dia juga menerima nasib yang sama.



Bagaimanapun, dia yang tidak mengalami apa-apa kecederaan, bangun dan meneruskan lariannya untuk mengejar pelari-pelari di hadapan dan menamatkan saingan di tempat pertama sesi berkenaan.

Sifan berjaya melakukan catatan 4 minit 5.17 saat untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Dia berjaya mengatasi dua pencabar utamanya, Jessica Hull dari Australia dan pelari Amerika Syarikat, Elinor Purrier. – AGENSI

https://www.youtube.com/watch?v=PUZBN500F7E



 

Olimpik Tokyo: Juara dunia bangkit menangi saingan selepas terjatuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Polis ugut tahan saya, kata pengerusi PAC

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker