18 kes BID di Kedah dalam tempoh seminggu
18 kes BID di Kedah dalam tempoh seminggu
Sebanyak 18 kematian direkod membabitkan “brought in dead” (BID) akibat Covid-19 di Kedah, bagi tempoh 25 hingga 31 Julai lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri Dr Mohd Hayati Othman, berkata 18 kes BID itu termasuk 31 kes kematian akibat virus berkenaan di negara ini bagi tempoh sama.
Beliau berkata, kes kematian itu berkemungkinan berlaku susulan pesakit lewat mendapatkan rawatan atau tiada gejala dijangkiti Covid-19.
“Situasi ini amat membimbangkan, apatah lagi dengan kehadiran varian beta dan delta yang cepat merebak dan lebih teruk.
“Varian ini bukan saja membahayakan golongan warga emas dan berisiko tinggi, malah juga golongan muda berusia bawah 40 tahun,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Berita Harian.
Dr Mohd Hayati, berkata bagi tempoh sama sejumlah 8,370 kes baharu Covid-19 dilaporkan dengan 4,170 kes membabitkan saringan kontak rapat dan 1,795 kes adalah kes dalam kluster aktif.
“Setakat ini, masih terdapat kira-kira 20 peratus penduduk di negeri ini yang layak menerima vaksin belum mendaftar untuk menerima suntikan.
“Sehingga semalam, seramai 577,148 daripada lebih 1.54 juta individu dewasa berusia 18 tahun ke atas sudah mendapatkan satu dos vaksin, manakala 298,611 lagi lengkap dua dos suntikan.
“Dijangkakan pada hujung bulan ini kira-kira 40 peratus penduduk Kedah yang layak divaksin akan menerima vaksin lengkap,” katanya. FMT
18 kes BID di Kedah dalam tempoh seminggu
Baca Artikel Menarik :
- Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li
- Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil
- Penduduk kampung jerit minta Jokowi buka sekatan
- Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak
- Sajat diberi notis bankrap, gagal bayar ganti rugi
- Resepi kek coklat kukus laku keras
Layari Laman Facebook MYKMU
Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM