Pimpinan PH tidak peduli perasaan akar umbi

KAMPAR – Seramai kira-kira 20 bekas pengerusi Majlis Pengurusan dan Keselamatan Kampung (MPKK) di kawasan Parlimen Kampar mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan penyandang kerusi berkenaan, Thomas Su Keong Siong.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Mohd Lot Abdul Hamid berkata, Thomas Su lebih menyerlah dan sangat disenangi masyarakat tempatan termasuk Orang Asli kerana perkhidmatan cemerlang di kawasan Kampar.

Menurutnya, permintaan itu merupakan hasrat akar umbi dan berasaskan keadaan semasa yang memperlihatkan Thomas Su diterima semua kaum di kawasan Parlimen ini.



“Kami di sini mewakili mantan MPKK ketika zaman kerajaan PH di kerusi Parlimen Kampar dengan ini membantah serta menolak pencalonan saudara Chong Zhemin sebagai calon PH di kerusi Parlimen Kampar.

“Jika PH meneruskan hasrat mencalonkan saudara Chong Zhemin bertanding di kerusi Parlimen Kampar, kami bimbang bukan setakat beliau akan kalah, malah turut menjejaskan peluang calon PH di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar, DUN Keranji dan DUN Tualang Sekah,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Menurutnya, penolakkan Zhemin bukan disebabkan isu peribadi tetapi calon berkenaan tidak popular dan kurang disenangi masyarakat setempat.

Bagi bekas Pengerusi MPKK, Kampung Baru Jeram, Ng Wan Thim, masyarakat Cina di kampung berkenaan sangat senang dengan perkhidmatan Thomas Su.



“Kami sangat berharap agar Thomas Su dicalonkan semula kerana dia seorang yang sangat prihatin dan merendah diri.

“Jadi kami rasa Thomas Su lebih layak jadi calon berbanding orang lain di kerusi Parlimen ini,” katanya.

Perkara itu turut diakui Pengerusi MPKK Kampung Kinta Valley, D Rajendran menyifatkan Thomas Su seorang yang senang didekati masyarakat.

Menurutnya, jika pemimpin DAP itu tidak dipilih menjadi calon di kerusi Parlimen Kampar, pengundi sukar untuk membuat pilihan pada PRU15 nanti.



Pada malam Jumaat, DAP mengumumkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji, Chong Zhemin sebagai calon Parlimen Kampar menggantikan Thomas Su pada PRU15.

Ketika PRU14 lalu, Thomas Su menang di kerusi Parlimen Kampar dengan majoriti 11,801 undi menewaskan calon BN, Datuk Lee Chee Leong dan calon Pas, M Yougan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker