Covid-19 : 17150 kes baharu, Kedah semakin tinggi
Covid-19 : 17150 kes baharu, Kedah semakin tinggi
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 17,150 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,130,422 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,326 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045), Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Penang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (5).
Kedah pula terus mencatatkan kes baharu yang tinggi dengan hari ini sebanyak 1,511 penularan dilaporkan.
Dua lagi negeri turut mencatatkan empat angka kes baharu iaitu Johor (1,045 kes) dan Sabah (1,002 kes).
Negeri Sembilan pula melaporkan 809 kes, Pulau Pinang (752 kes), Perak (693 kes) dan Melaka (686 kes).
Terendah dari segi kes baharu adalah Labuan dengan lima kes.
Perlis pula melaporkan 21 kes baharu hari ini berbanding sebelum ini yang lazimnya hanya melaporkan satu angka.
Berita lanjut menyusul
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Covid-19 : 17150 kes baharu, Kedah semakin tinggi
Baca Artikel Menarik :
- Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li
- Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil
- Penduduk kampung jerit minta Jokowi buka sekatan
- Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak
- Sajat diberi notis bankrap, gagal bayar ganti rugi
- Resepi kek coklat kukus laku keras
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.