Istana Negara nafi Anwar menghadap Agong

Istana Negara nafi Anwar menghadap Agong

Istana Negara menafikan desas-desus Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dikatakan memperoleh perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah petang ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin memberitahu FMT, ia adalah “berita palsu”.



PKR juga dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu seketika lagi.

Beberapa sumber PKR memberitahu Malaysiakini bahawa pihak istana telah memberikan perkenan kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk mengadap pada pukul 2.30 petang hari ini.

Pertemuan itu dijangka berlangsung di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, bagaimanapun, mengatakan dia tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.



Perkembangan ini hadir di tengah krisis perlembagaan yang antara kerajaan Perikatan Nasional dan pihak istana.

Agong pada hari Khamis (29 Julai), melalui Istana Negara, secara terbuka menegur kerajaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat dan bertindak tidak mengikut perlembagaan berhubung pembatalan ordinan darurat.

Ordinan darurat dapat dibatalkan sama ada melalui kerajaan dengan persetujuan Agong atau dibatalkan di Parlimen.

Istana Negara nafi Anwar menghadap Agong




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker