Ini kali pertama Agong keluarkan ‘Titah Keras’ buat kerajaan

Ini kali pertama Agong keluarkan ‘Titah Keras’ buat kerajaan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sudah hilang moral untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan kerana keabsahan majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya diragui.

Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri atau dalam bahasa mudah ialah nasihat dalam memerintah dan mentadbir negara.

Menurutnya, namun pentadbiran negara bergantung kepada hubungan baik antara istana dan kerajaan, sebab itu Perlembagaan memberi hak kepada Agong untuk bertanya dan ambil tahu keadaan negara yang juga dibuka kepada Majlis Raja-Raja.

“Tindakan kerajaan yang tidak patuh titah Agong sebenarnya menaikkan imej institusi beraja kerana ia benar-benar bertindak menjaga keluhuran Perlembagaan. Ramai yang tidak sedar Agong komited dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan cuma baginda tersinggung dengan gelagat kerajaan.

“Kita harus faham mengapa. Ini kerana baginda berat hendak memperkenankan perisytiharan darurat yang memang tidak direstui oleh raja-raja Melayu, jadi pentadbiran Perikatan Nasional (PN) tidak menghargai pengorbanan Agong yang pada hakikatnya sanggup tidak disenangi oleh raja-raja yang lain.

“Ini yang perlu difahami di sebalik titah keras dan terbuka Istana Negara yang tidak pernah berlaku sejak 1957,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurutnya, dalam senario sekarang, Agong sebenarnya menjalankan fungsi raja berperlembagaan.

Beliau berkata, namun raja berperlembagaan bukan bermaksud ikut nasihat membuta tuli tanpa memikirkan kesannya.

“Kita ada mendengar kononnya Agong enggan menerima Perdana Menteri menghadap. Kita faham sikap dan respon pentadbiran PN menyakitkan hati Tuanku dan itu wajar.

“Ini kerana Tuanku dan raja-raja mahu Parlimen berfungsi, kerajaan stabil dan darurat tidak dilanjutkan. Ini semua selaras dengan kehendak Perlembagaan dan selaras dengan sentimen rakyat,” katanya.

Abdul Aziz yang juga Ketua Pembangkang Perak berpendapat, sekiranya menjunjung Perlembagaan bermakna menolak nasihat kerajaan maka itulah sebenarnya pelaksanaan konsep raja berperlembagaan

Menurutnya, ini kerana kepentingan politik kerajaan tidak semestinya selaras dengan kehendak Perlembagaan.

“Sebab itu saya kata raja berperlembagaan tidak semestinya ikut nasihat sepanjang masa. Raja bukan robot, bukan rubber stamp atau pak turut, raja adalah guardian of the constitution,” katanya.

Menurut beliau, Perkara 40(1) Perlembagaan bukan mantra tetapi ia adalah peruntukan umum yang harus difahami konteks dan ruang lingkupnya.

“Ia tidak boleh dipakai secara automatik. Undang-undang Perlembagaan juga bukan undang-undang kontrak atau jenayah, undang-undang Perlembagaan ada metodologinya sendiri,” katanya.

Ini kali pertama Agong keluarkan ‘Titah Keras’ buat kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid nyatakan UMNO kekal sokong PN namun gesa Muhyiddin berundur

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker