Idrus Harun abang saya, saya enggan campur

Idrus Harun abang saya, saya enggan campur

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun memutuskan untuk mengecualikan diri daripada membuat sebarang keputusan yang berkait usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.

Azhar dalam kenyataan berkata usul tersebut mempunyai hal-hal yang bersangkutan dan mengenai Peguam Negara, Idrus Harun.



“Sebagaimana yang diketahui umum, Idrus Harun ialah abang kandung saya.

“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang bagaimana jua pun berkaitan dengan usul tersebut,” katanya.

Justeru, beliau memaklumkan, apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang berkaitan dengan usul tersebut diserahkan kepada timbalan-timbalan Yang di-Pertua mengikut kedudukan kekananan iaitu Mohd Rashid Hasnon dan Azalina Othman Said.

“Saya tidak akan campur tangan di dalam apa cara sekalipun di dalam pelaksanaan tugas timbalan-timbalan Yang di-Pertua di dalam hal berkaitan,” katanya.



Sementara itu, Azalina ketika dihubungi mengesahkan menerima memo daripada Speaker Dewan Rakyat tetapi enggan memberikan sebarang komen.

Menerusi usul tersebut, Kulasegaran meminta supaya tindakan diambil terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Idrus Harun kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

Menurut surat yang dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh 29 Julai itu, Kulasegaran berkata, kenyataan tersebut merujuk kepada ucapan Takiyuddin di Parlimen pada 26, 27 dan 28 Julai yang turut dianggap menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong. FMT

Idrus Harun abang saya, saya enggan campur




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker