China kedua termahal dari segi kos membesarkan anak

Satu kajian mendedahkan bahawa kos membesarkan anak di China adalah kedua paling mahal di dunia selepas Korea Selatan, lapor laman berita Wion News semalam.

Laporan yang dipetik akhbar South China Morning Post (SCMP) itu menggesa agar lebih banyak sokongan diberikan kepada institusi keluarga dalam menghadapi kadar kelahiran semakin rendah susulan Dasar Satu Anak yang sudah dimansuhkan di China.

Kajian oleh Institut Penyelidikan Penduduk YuWa itu menyatakan, kos membesarkan seorang anak sehingga berusia 18 tahun di Korea Selatan adalah 7.79 kali ganda berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) perkapitanya.



Kos membesarkan anak di China pula ialah 6.9 peratus berbanding KDNK perkapita. Kadar di Jerman adalah 3.64 kali ganda, manakala Australia dan Perancis masing-masing mencatatkan 2.08 dan 2.24 berbanding KDNK perkapita.

Ini bermakna kos membesarkan anak di China adalah dua kali ganda berbanding di Jerman dan tiga kali ganda lebih tinggi daripada Australia dan Perancis.

“Kos membesarkan anak adalah salah satu faktor penting yang mempengaruhi ketersediaan keluarga dalam usia mengandung untuk melahirkan anak.

“Bagi menyelesaikannya, dasar untuk mengurangkan kos membesarkan anak bagi keluarga dalam usia mengandung perlu diperkenalkan di peringkat kebangsaan.



“Antara langkah khusus termasuk subsidi tunai dan cukai, subsidi pembelian rumah, membina lebih banyak taska, menyediakan cuti bersalin setara jantina, memperkenalkan pengasuh asing, mempromosikan gaya kerja  fleksibel, menjamin hak reproduktif wanita bujang dan memperbaharui ujian masuk kolej dan sistem sekolah,” kata laporan itu.

Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Kebangsaan China berkata pada 2017 bahawa 77.4 peratus wanita dalam usia subur menghadapi ‘beban ekonomi berat’ dan merasakan mereka tidak sepatutnya mempunyai lebih ramai anak.

Menurut laporan YuWa, sepasang suami isteri terpaksa membelanjakan purata 485,000 yuan (RM312,943) semasa membesarkan anak sejak lahir hingga berumur 17 tahun.

Kos untuk membesarkan anak sehingga tamat pengajian kolej adalah kira-kira 627,000 yuan (RM404,659)



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?



Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker