Percanggahan kerajaan, istana, hakis kepercayaan rakyat

Percanggahan antara kerajaan dengan Istana Negara berhubung pembatalan Ordinan-ordinan Darurat menyebabkan kepercayaan rakyat terhakis terhadap pentadbiran sedia ada.

Rakyat akan terus berada dalam keadaan curiga-mencurigai apabila tiada keputusan jelas antara kedua-dua pihak sekali gus menyebabkan keadaan politik negara kekal goyah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, wakil kerajaan sama ada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Jemaah Menteri mesti memperbaiki kekhilafan yang telah dilakukan serta memastikan rakyat tidak terus bersoal semasa sendiri ekoran krisis yang berlaku.

“Ini amat menyedihkan apabila istana terpaksa membuat kenyataan balas berhubung ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Kenyataan istana adalah ungkapan yang lembut dan jika ditafsirkan dalam makna biasa adalah berbohong. Ini tidak pernah dijangka dan berlaku dan perlu dijawab Kabinet tanpa perlu tunggu hingga Isnin minggu depan,” katanya ketika dihubungi semalam.

26 Julai lalu, Takiyuddin menjelaskan kerajaan Persekutuan telah membatalkan semua peraturan Ordinan Darurat namun kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang disifatkan tidak melalui proses sewajarnya selain ‘membelakangkan’ Yang di-Pertuan Agong.

Beza antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan Ordinan Darurat – Prof Shamrahayu

Ketika ini, masih belum ada warta baharu yang dikeluarkan di laman web Jabatan Peguam Negara mengenai pembatalan peraturan tersebut.

Senada dengan Azmi Hassan, penganalisis politik Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun yang berkata, kenyataan Istana Negara menjadi satu tamparan hebat kepada Takiyuddin dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Menurutnya, Takiyuddin dan Idrus mesti meletakkan jawatan dan berundur sebelum berlaku masalah lebih serius melibatkan sistem pentadbiran kerajaan dan institusi diraja.

“Sudah tentu kita hormati keputusan Seri Paduka. Apa-apa keputusan Baginda adalah demi kemaslahatan rakyat dan bukannya ahli politik. Jadi, jelas kenyataan ini membuktikan Ordinan Darurat tidak boleh diputuskan tanpa perkenan Seri Paduka.

“Kerajaan mesti melihat perkara ini pada sudut yang positif dan buktikan ordinan ini diletakkan sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong yang bermakna Seri Paduka berhak sama ada memansuh atau melanjutkannya,” katanya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


40 Ahli Parlimen BN tetap kekal sokong Muhyiddin Yassin

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker