Bantuan perubatan COVID-19, Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan penghargaan kepada Arab Saudi atas sumbangan bantuan perubatan COVID-19.

Istana Negara menerusi kenyataan di Facebook, berkata penghargaan itu ditujukan kepada Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud; Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud dan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud atas sumbangan yang dibawa menerusi dua pesawat Saudia Airlines semalam dan hari ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai kemurahan hati Yang Mulia Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang telah menitahkan Pusat Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) supaya segera menyalurkan sumbangan vaksin dan peralatan perubatan kepada Malaysia.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein atas pelaksanaan kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin dan peralatan perubatan ini,” ujar kenyataan Istana Negara itu.

Batal darurat tanpa restu Agong rosak imej, kredibiliti kerajaan

Sumbangan itu merangkumi sejuta dos vaksin AstraZeneca dan 4.5 juta unit peralatan perubatan bernilai AS$5 juta (RM21 juta).

Dalam pada itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, turut menyampaikan ucapan terima kasih Seri Paduka Baginda kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan dan Kerajaan Arab Saudi atas sumbangan berkenaan.

Jelasnya, sumbangan itu jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.

“Semoga sumbangan bekalan vaksin dan peralatan perubatan ini membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Seri Paduka Baginda berdua turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T, dijauhi daripada sebarang musibah dan pandemik COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

Bantuan perubatan COVID-19, Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenyataan balas Muhyiddin angkuh

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker