174 kematian, 1,043 kes ICU, rekod baru
174 kematian, 1,043 kes ICU, rekod baru
PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 17,170 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,930 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 174 kematian dicatatkan dengan 1,043 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 531 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 179,179 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,163 kes diikuti Kuala Lumpur (2,138) Kedah (1,212) dan Johor (1,054).
“Sembilan negeri pula, merekodkan kes tiga angka iaitu Negeri Sembilan (884), Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), Perak (596), Sarawak (582), Pulau Pinang (554), Terengganu (437) dan Melaka (416).
“Dua wilayah serta satu negeri merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (84), Labuan (11) dan Perlis (10),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Utusan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
174 kematian, 1,043 kes ICU, rekod baru
Baca Artikel Menarik :
- Bina Hospital Di Lapangan Terbang
- Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti
- Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi
- SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan
- Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan
- Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid
You must be logged in to post a comment.