Kedai Makan Dirempuh Treler

TEMERLOH – “Nasib baik bukan masa orang ramai bersarapan kalau tidak mungkin ada yang terkorban,”kata Mohd. Nor Jusoh, 62, yang merupakan saksi terawal kejadian sebuah treler merempuh kedai makan di Kampung Seboy di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu sebuah treler membawa muatan bijih besi terbabas dan melanggar kedai makan berkenaan yang terletak di tepi jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Kampung Seboy, Kuala Krau di sini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu kerana semasa kejadian kedai berkenaan ditutup dan tiada penghuni.



Menurut Mohd. Noor dia yang tinggal di seberang jalan itu terjaga daripada tidur selepas terdengar dentuman yang kuat

“Saya bergegas keluar dan mendapati sebuah treler terbabas dan terlanggar kedai makan, bahagian hadapan lori treler rosak teruk manakala pemandunya hanya cedera ringan.

“Kemungkinan pemandu mengantuk kerana jalan di situ adalah lurus,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, pemilik kedai makan berkenaan, Ali Yusof,48 berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan tiada penghuni di kedai makan berkenaan.



“Biasanya kami akan mula beroperasi pada pukul 4.30 pagi dengan membawa makanan dari rumah dan menyediakan juadah sarapan pagi.

“Antara yang rosak dalam kejadian itu adalah kerusi meja, struktur bangunan, saluran paip air, gerai buah-buahan di sebelah kedai dan garaj kereta,”katanya.-KO

Warga emas ditendang wanita dalam kedai makanan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker