Resepi Siakap Goreng Berlada Thai

Resepi Siakap Goreng Berlada Thai Menu Dinner Paling Enak

Kali ini kami bawakan resepi makan malam yang sangat lazat dan sangat popular. Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah resepi siakap goreng berlada. Juadah ini sangat digemari oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur dan pangkat. Ini kerana, juadah siakap goreng berlada ini sangat lazat dan pasti akan membuat sesiapa yang menikmatinya teringat ingat.

Selalunya juadah ini boleh didapati di restoran Thai berhampiran. Namun begitu, kali ini kami bawakan resepi ini khas buat anda semua! Walaupun rasanya lazat dan mewah, ianya sangat mudah untuk disediakan. Lagipun, jika anda menyediakan sendiri di rumah, pasti lebih kena dengan tekak dan anda boleh menyediakan dalam porsi yang lebih besar serta mesra ekonomi.



Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Marya Hj Ahmad dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Jadi, ayuh kita lihat resepi siakap goreng berlada yang sangat lazat ini!

Bahan – bahan:

1 ekor ikan siakap atau ikan kembong
6 biji cili merah
3-5 biji cili padi merah/hijau
3 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland (potong kiub)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk ayam
2 sudu besar sos tomato
Minyak untuk menumis
Daun ketumbar
2 helai daun limau purut (hiris halus)
1 biji Capcicum merah/hijau
Sedikit carrot (slice halus)
Cili padi hijau merah

Cara – cara memasak:



Goreng ikan siakap/kembong sehingga garing dan ketepikan.

Kisarkan cili dengan bawang putih sekejap sahaja (tidak halus sangat).

Tumis bahan – bahan yang dah dikisar tadi bersama bawang yang dipotong kiub tadi dan masukkan sedikit air – garam gula dan kacau biar naik minyak.

Masukkan sos ikan dan sos tomato.



Masukkan daun limau purut, carrot, cili padi, capcicum dan biarkan api dapur perlahan sehingga masak.

Tuang atas ikan dan taburkan daun ketumbar.
Siap!

Resepi oleh Siti Marya Hj Ahmad

Resepi Siakap Goreng Berlada Thai




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Ikan Kembung Bakar Cili Api



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker