Faralyna Dah Berhijab, Kini Hamil Anak Pertama

Faralyna Dah Berhijab, Kini Hamil Anak Pertama

Dalam diam, Murai Batu baru dapat tahu yang pelakon Faralyna kini sudah berimej baru iaitu sudah pun berhijab penuh. Baguslah, nampaknya seorang lagi artis kini sudah berhijrah.

Murai Batu dapat tahu cerita mengenai penghijrahan pelakon ini pun dari seorang teman dan bagi mengesahkannya lagi Murai Batu pun terus lah stalk laman Instagram miliknya.

Memang sah lah, sejak berbelas minggu yang lalu lagi dia sudah mula berhijab . Manis betul Faralyna bertudung dan imej barunya itu.

Bila mula stalk satu persatu dari gambarnya Murai Batu dapat pula cerita lain yang kononnya dia kini sudah berbadan dua apabila menerusi komen-komen itu ada yang mengucapkan tahniah.

Wah tahniah lah diucapkan kepada Faralyna dan suami yang telah berkahwin pada Disember tahun lalu itu. Lebih mengukuhkan lagi berita itu, menerusi akaun Instagram suaminya juga telah berkongsi foto imbasan kandungan anak mereka.

Tak silap Murai Batu baru berbelas minggu usia kandungannya dan Murai Batu harap Fara dan anak selamat sehingga dilahirkan nanti.

Murai Batu doakan semoga rumahtangga mereka lebih bahagia dengan berita kehamilan itu. Murai

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Faralyna Dah Berhijab, Kini Hamil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker