Kes ICU masih melebihi 1,000, kematian lebih 200

Sebaran :

Kes ICU masih melebihi 1,000, kematian lebih

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih melebih paras 1,000 dengan hari ini sebanyak 1,023 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 524 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 turut tinggi iaitu 170,224, katanya.

“Kes kematian yang direkodkan hari ini adalah 207 menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 di negara sebanyak 8,408 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes sembuh baharu pula sebanyak 11,526 kes dan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sepenuhnya adalah 865,439 kes.

Terdahulu Noor Hisham memaklumkan, bilangan kes positif baharu Covid-19 mencatatkan pertambahan dengan 16,117 kes dilaporkan pada hari ini.

Pertambahan lebih 16,000 kes hari ini menjadikan jumlah positif Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia sebanyak 1,044,071 kes.

Selangor kekal menjadi negeri terbanyak merekodkan kes baharu dengan 6,616 kes diikuti Kedah 1,000 kes. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kes ICU masih melebihi 1,000, kematian lebih 200


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?


Sebaran :

Leave a Reply