Jemaah umrah perlu bersedia peraturan, syarat baharu

Sebaran :

Jemaah umrah perlu bersedia peraturan, syarat baharu

Jemaah umrah Malaysia perlu bersedia dengan perubahan syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah itu yang dibenarkan mulai 1 Muharam 1443 Hijrah.

Konsul Jeneral Malaysia di Arab Saudi, Alauddin Mohd Nor, berkata perubahan itu termasuklah dari segi kos dan peraturan pelaksanaan umrah disebabkan pandemik COVID-19.

Katanya, jemaah Malaysia perlu akur dan menerima sebarang perubahan yang mungkin dikuatkuasakan Arab Saudi susulan penularan COVID-19.

“Kepada jemaah Malaysia, saya ingin memaklumkan berkemungkinan besar akan berlaku perubahan besar dari aspek kos dan juga peraturan pelaksanaan umrah pada tahun ini dan seterusnya.

“Ia akan berlainan daripada tahun pra-COVID-19. Justeru saya memohon semua pihak akur dan menerima perubahan baharu itu nanti dengan hati terbuka,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Arab Saudi dilaporkan mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara, bermula 10 Ogos ini.

Alauddin berkata, rakyat Malaysia yang berhasrat mengerjakan umrah dimohon untuk memastikan memilih ejen yang berdaftar bagi mengelakkan permasalahan urusan logistik di Arab Saudi.

“Jemaah dimohon memastikan ejen yang dipilih di Malaysia berdaftar dan sebaik-baiknya mempunyai hubungan rakan niaga dengan muassasah di Arab Saudi.

“Ia bagi mengelakkan wujud permasalahan urusan logistik yang berkaitan setibanya mereka di Arab Saudi,” katanya.

Dalam perkembangan itu, Alauddin berkata, setakat ini belum ada pengumuman rasmi dikeluarkan kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan ibadah umrah dibuka kepada jemaah negara luar, bermula 10 Ogos ini.

Kata beliau, setakat ini kenyataan yang dikeluarkan adalah menerusi sumber tidak rasmi atau bukan dari kerajaan Arab Saudi namun ia juga berkemungkinan berdasarkan persiapan dibuat di peringkat pelaksana dan muassasah.

“Biasanya kerajaan Arab Saudi akan memaklumkan segala butiran terperinci mengenai keperluan yang wajib kepada pihak muassasah di sini.

“Seterusnya pihak muassasah akan memaklumkan kepada ejen di luar negara termasuk Malaysia mengenai segala butiran dan keperluan digariskan kerajaan Arab Saudi,” katanya. BH

Jemaah umrah perlu bersedia peraturan, syarat baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?


Sebaran :

Leave a Reply