Siapa dalang sebenar disebalik ‘Protes Doktor’?

Siapa dalang sebenar disebalik ‘Protes Doktor’? Polis akan menyiasat protes doktor kontrak yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata tiada siapa dibenarkan berhimpun tanpa kebenaran ketua pengarah kesihatan.

Arahan itu melibatkan perhimpunan keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan dan kebudayaan, tambahnya.

Ratusan doktor kontrak di seluruh negara hari ini menyertai kempen hartal atau mogok kerja, antaranya bagi menuntut penyerapan ke jawatan tetap.

Malaysiakini menganggarkan hampir 100 doktor kontrak menyertai protes itu di Hospital Sungai Buloh, kira-kira 50 orang di Hospital Kuala Lumpur dan sekitar 30 orang di Hospital Shah Alam.

Di Hospital Putrajaya, doktor terkemuka, Dr Rafidah Abdullah dan hampir 40 pegawai perubatan jabatan nefrologi menyertai protes itu.

Menurut penganjur, doktor-doktor kontrak di hospital di negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Perak, Perlis dan Negeri Sembilan juga mengadakan protes serupa.

Protes di pusat kuarantin Covid-19 di Maeps, Serdang dibatalkan berikutan ancaman penahanan oleh polis.

Jumaat lalu, kerajaan menawarkan lanjutan kontrak kepada doktor kontrak sehingga empat tahun dan memberi jaminan faedah yang serupa dengan doktor tetap.

Kumpulan itu bagaimanapun menyifatkan jaminan itu sebagai “setengah masak”.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah meminta doktor kontrak tidak menyertai protes dengan mengingatkan mereka pada sumpah jawatan.

Siapa dalang sebenar disebalik ‘Protes Doktor’?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata banyak negeri dijangka beralih Fasa 4 PPN awal Oktober

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker