Lapor pada SPRM, jangan adu di media sosial

Sebaran :

Lapor pada SPRM, jangan adu di media sosial.

Laporkan penyalahgunaan kuasa, penipuan atau rasuah berserta bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya hanya membuat tuduhan di media sosial, kata Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Kamaruddin M Ripin.

Beliau berkata, mana-mana individu yang membuat laporan bukan sahaja membantu SPRM menjalankan siasatan malah mereka juga dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

“SPRM menyeru orang ramai untuk tampil dengan bukti yang berkualiti dan bukan dengan membuat tuduhan tanpa bukti yang berasas di media sosial. Tanpa bukti, setiap tuduhan adalah tidak berasas di mahkamah malah merugikan masa dan membabitkan kos.

“Mereka dinasihatkan tampil dengan bukti seperti siapa yang terbabit, bila dan di mana kejadian rasuah itu berlaku, kenapa ia dilakukan, bagaimana transaksi rasuah itu dilakukan selain siapa yang boleh membantu bagi mendapatkan maklumat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, SPRM menyediakan pelbagai kaedah bagi memudahkan orang ramai membuat laporan antaranya melalui portaladuan.sprm.gov.my, aplikasi MACC Mobile, talian bebas tol 1-800-88-6000 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat SPRM berdekatan.

Menurutnya, terdapat 16 pejabat SPRM negeri selain 21 pejabat cawangan SPRM di seluruh negara yang sedia membantu pemberi maklumat bagi menyiasat pelaku rasuah sebelum dibawa ke muka pengadilan.

Kamaruddin turut menegaskan bahawa SPRM tidak berkompromi dalam menjalankan siasatan malah tiada istilah penguatkuasaan hanya membabitkan golongan bawahan atau golongan atasan akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Berkongsi statistik tangkapan mulai Januari hingga Jun tahun ini yang membabitkan 509 individu, menurutnya 51 peratus atau 260 tangkapan membabitkan orang awam manakala 49 peratus atau 249 tangkapan membabitkan penjawat awam.

Lapor pada SPRM, jangan adu di media sosial


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan

 


Sebaran :

Leave a Reply