Covid-19 : 14516 kes baharu hari ini

Sebaran :

Covid-19 : 14516 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 14,516 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,027,954 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,508 kes.

Berikut merupakan pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor – 6,508 (373,977)
Johor – 1,449 (85,707)
Kuala Lumpur – 1,425 (111,476)
Kedah – 1,160 (39,637)
Sabah – 720 (80,190)
Perak – 590 (34,509)
Negeri Sembilan – 452 (67,067)
Pulau Pinang – 402 (42,499)
Pahang – 386 (21,773)
Melaka – 373 (28,467)
Sarawak – 356 (74,342)
Kelantan – 346 (40,019)
Terengganu – 245 (14,563)
Putrajaya – 94 (3,461)
Labuan – 8 (9,607)
Perlis – 2 (660)

SELEPAS buat pertama kali kes melepasi angka 17,000 sekali gus menjadi jangkitan harian tertinggi semalam, penularan COVID-19 menyaksikan penurunan hari ini.

Sebanyak 14,516 telah dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah kumulatif mencecah 1.027 juta.

Seperti hari-hari sebelumnya, Lembah Klang terus menjadi pusat penularan tertinggi wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, jumlah kes di Selangor menurun hampir 2,000 jangkitan kepada 6,508 hari ini.

Kes baharu di Kuala Lumpur turut susut kepada 1,425 berbanding 2,045 yang dilaporkan semalam.

Namun begitu, peningkatan kes mencatatkan kebimbangan di Johor selepas buat pertama kali melepasi empat angka jangkitan hari ini.

Ini selepas penularan di Johor meningkat kepada 1,449 kes.

Situasi sama juga dilihat di Kedah yang buat hari kedua berturut-turut mencatatkan empat angka walaupun menurun sedikit kepada 1,160 hari ini.

Covid-19 : 14516 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan


Sebaran :

Leave a Reply