Wahai MB Selangor, selamilah penderitaan rakyat
Wahai MB Selangor, selamilah penderitaan rakyat. BENARKAH kata-kata Selangor Maju Bersama? Setiap hari kami hidup tanpa air bermula jam 2.00 petang sehingga tengah malam.
Apabila aduan dibuat, jawapan standard, paras air rendah. Rumah pam ada masalah. Inilah jawapan yang diberikan bertahun-tahun, tanpa ada perubahan.
Benar, kami berada di kawasan yang agak tinggi, tetapi tidak setinggi Bukit Antarabangsa. Bukit Antarabangsa lagi tinggi, tetapi dihuni oleh ramai orang kayangan, tinggi macam mana pun, boleh pula air naik ke bukit bersifat antarabangsa.
Kami di sini tidaklah setinggi Bukit Antarabangsa, peliknya air tidak boleh naik. Mentang-mentang kami marhaen, bukan kayangan, sampai hati diperlakukan sedemikian rupa.
Air Selangor yang diuruskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), memang tidak syabas, indah khabar dari rupa. Inikah yang dikatakan Selangor Maju Bersama, bukan retorik. Wahai MB Selangor, datanglah melawat ke kawasan kami.
Saya tinggal di kawasan Ampang, Selangor, kawasan bandar. Boleh dikatakan setiap hari menghadapi masalah air.
Apabila dibawa ke atas, jawapan standard, tekanan air rendah. Tangki air adalah masalah pam. Paras air rendah.
Inilah yang jawapan yang telah didengar bertahun-tahun.
Masalah menjadi bertambah serius ini, setiap hari hidup tanpa air. Ketika musim wabak COVID-19, kita dinasihatkan minum air banyak, kerap mandi, jika keluar. Anak-anak pula ramai.
Jiran Cina saya mengeluh setiap hari. Ibunya pula kena angin ahmar. Ketiadaan air di musim wabak, sudah tentu amat menyukarkan hidup mereka.
Telefon Air Selangor 15300, kadangkala tidak berangkat. Bila diadukan masalah, mereka pun tidak boleh buat. Marah pun tak guna, mereka sekadar menyampaikan aduan air kepada pihak atasan. Masalah tidak juga selesai.
Kita guna App Air Selangor. Apabila kerap digunakan, akan keluar skrip berbunyi “token anda telah habis (tamat)”. Kita terpaksa uninstall kemudian install balik.
Bila install balik, setiap kali tulis, yang jawab AIRRA (‘robot’ Air Selangor), tengah tengah tulis aduan, AIRRA pun kata, lets start again. Buat balik, berkomunikasi dengan AIRRA, keluar lagi skrip, lets start again. Masa habis terbuang dengan app Air Selangor. Masalah tidak juga selesai. Hebat App Selangor maju bersama.
Wahai MB Selangor! Sekarang ini musim wabak COVID-19. Kami memerlukan air sebagai salah langkah untuk elakkan penularan wabak COVID-19. Jika kami terus dihimpit dengan masalah air setiap hari, apa yang boleh diharapkan untuk kami melawan wabak ini.
Apabila kerajaan Pusat buat silap sikit, bukan main lagi wakil rakyat dan pemimpin kamu ‘menyerang’ kerajaan Pusat, terutama dalam menangani wabak COVID-19. Namun, bila kamu buat silap, kamu minta kami diam.
Ini adalah satu kebobrokan yang mesti dihentikan, Selangor Maju Bersama, sekadar indah khabar dari rupa. Masalah yang melibat hidup mati rakyat, dibuat endah tak endah.
Kami tidak perlu untuk maju, jika tidak masalah asas seperti air pun tidak dapat diselesaikan bertahun-tahun. Datanglah ke sini, untuk melihat keadaan kami yang sebenar.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Baca Artikel Menarik :
- Najib rayu doktor kontrak tidak mogok
- Tukar kepada hamba rakyat
- Kami hanya ambil 3% sumbangan bayar kakitangan – Nadir
- Luahan hati Kunan setelah tidak didapati bersalah dan pendakwaan terpilih Mahathir
- Ebit Liew menjawab fitnah, tiada satu pun tabung dibuka [VIDEO]
- Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul
You must be logged in to post a comment.