Najib bidas Muhyiddin, ‘Dapur Rakyat’ penuh dengan bantuan adalah tidak benar
Najib bidas Muhyiddin, ‘Dapur Rakyat’ penuh dengan bantuan adalah tidak benar. Bekas Perdana Menteri, Najib Razak membidas kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengatakan dapur rakyat sudah penuh dengan bantuan kerajaan.
Beliau berkata, bantuan bakul prihatin daripada kerajaan tidak dapat memenuhkan dapur rakyat.
“Sebab saya tak percaya dapur siapa akan penuh dengan bakul prihatin yang hanya mengandungi beras (5kg), gula (1kg), tepung (2kg), bihun (400gram), kicap (650ml), sardin (230gram), biskut dan kopi,” katanya di Facebooknya.
Terdahulu, Muhyiddin berkata rakyat tidak perlu mengibarkan bendera putih kerana kerajaan prihatin memberikan sebaik-baik perhatian untuk membantu mereka.
“Wang yang dijimat ini boleh dan patut digunakan untuk menambah baik program bakul makanan dengan menambah jumlah penerima dan menambah kandungan bakul makanan.
“Dengan menambah kandungan bakul, kerajaan juga akan memanfaatkan kos bungkusan dan penghantaran serta masa dan tenaga kerja yang digunakan bagi pengurusan program ini,” katanya.
Najib berkata, jika niat ialah untuk membantu mereka yang benar-benar sudah susah sehingga tiada wang untuk membeli makanan maka bantulah dengan betul dan ikhlas.
Najib bidas Muhyiddin, ‘Dapur Rakyat’ penuh dengan bantuan adalah tidak benar
Baca Artikel Menarik :
- Lawan protest tomorrow, cops warns Malaysians against joining
- Timbalan Menteri Luar nasihatkan Rombongan Gaza pulang sahaja
- Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama
- Lelaki peras ugut, tawar khidmat seks dalam talian ditahan
- Isteri Misbun Sidek meninggal dunia
- Resepi Ayam Kung Pao Juicy
You must be logged in to post a comment.