Suami jual tubuh isteri hamil kerana wang

Suami jual tubuh isteri hamil kerana wang

Seorang suami dari Sidoarjo, Jawa Timur ditahan selepas menjual isterinya yang sedang hamil kepada lelaki lain menerusi media sosial demi untuk mendapatkan wang, lapor laman Suara.com.

Selain mendapatkan wang, lelaki itu juga berbuat demikian untuk memuaskan fantasi seksualnya.

Biarpun tahu isterinya sedang hamil, lelaki berusia 23 tahun itu tetap menjual tubuh isterinya itu daripada usia kandungannya lima bulan sehinggalah kandungannya kini sudah pun berusia sembilan bulan.

Modus operandi yang digunakan si suami adalah dengan meletakkan foto-foto aksi tidak senonoh menerusi akaun Twitter dan menawarkan layanan kepada pelanggan.

Harga yang ditawarkan juga berbeza-beza, bermula daripada satu juta rupiah (RM295). Sekiranya pelanggan bersetuju dengan harga yang ditawarkan, si isteri akan dihantar ke hotel untuk bertemu pelanggan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lelaki tersebut kemudiannya ditahan ketika mahu menjual isterinya di sebuah hotel di Surabaya.

Sebelum ini, seorang individu lain dari Kediri, Jawa Timur turut ditahan kerana menjual isterinya sebanyak lima kali kepada lelaki lain dengan harga RM295 bagi setiap pertemuan. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Suami jual tubuh isteri hamil kerana wang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker