Nadir Al-Nuri Lahir di Scotland, Anak Seorang Professor, Kahwini Balu Syahid & Ada 7 Anak, Kehidupan Sederhana Jadi Inspirasi!

Nadir Al-Nuri Lahir di Scotland, Anak Seorang Professor, Kahwini Balu Syahid & Ada 7 Anak, Kehidupan Sederhana Jadi Inspirasi!

Perkongsian peribadi Nadir Al-Nuri, satu-satunya rakyat Malaysia di wilayah Palestin berkenaan kontroversi dengan Ustaz Ebit Lew semalam, menjawab pelbagai persoalan yang viral sejak menjelangnya sambutan Aidiladha 1442H.

Tidak ingin terus ‘memanaskan’ keadaan, Majalah Nona terpanggil untuk berkongsi satu kisah menyedihkan tentang Nadir Al-Nuri, yang menjadi asbab perjuangannya sebagai aktivis.

Tapi sebelum itu, mungkin tidak ramai mengenali siapa Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Berusia 34 tahun, Nadir sebenarnya dilahirkan di Scotland ketika bapanya membuat PhD di sana.

Bapa Nadir iaitu Prof Dr Kamaruzaman Yusoff merupakan seorang ahli akademik terkenal di UTM.

Dia dibesarkan dengan asas pendidikan yang kuat dimana Nadir sendiri adalah bekas mahasiswa Asasi Sains UM, graduan Ijazah Sains Marin (UMS), Diploma Syariah dan Bahasa Arab (Kolej Antarabangsa Damsyik) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Universiti Islam Gaza).

Sebagai orang terpelajar dan lahir dalam sebuah keluarga berada, secara zahirnya pasti kita menyangka… Untuk apalah dia bersusah-payah tinggal di sana? Apa lagi berjuang sebagai satusatunya warga Malaysia di Palestin sewaktu perang melanda?

Bertubi-tubi pertanyaan demi pertanyaan bermain di fikiran. Nadir tenang menjawab pertanyaan saya melalui kiriman voice note, termasuk kisah sedih yang menimpa isterinya, Reem Al-Minawi.

“Mengenang hari-hari di Gaza, kadangkala saya pelik sendiri bagaimana ianya dilalui. Elektrik yang datang seadanya, sempadan yang dibuka mengikut selera, keluarga yang terpisah bertahun lamanya.

Mungkin, di dunia yang ini, untuk saya sudah ada suratan. Suratan bahawa hidup saya untuk mengusap kepala anak yatim dan menyuap sang miskin, untuk berkorban usia membebas Palestin, dan bersedia, pada bila-bila masa, kalau ada ikhlas dan istiqamah, diseru Allah bertemu-Nya dengan tangan ibu dan ayah dipimpin.” Nadir Al-Nuri

MERANGKAK UNTUK PULANG

Saya rasa ini kali pertama saya bercerita kepada khalayak tentang satu pengalaman yang sangat menyedihkan saya.

Sebagaimana yang kalian tahu, untuk masuk ke Gaza ni kita perlu melepasi sempadan Rafah. Ia terletak di antara bumi Gaza dan Mesir. Ia tidak selalu dibuka kerana dikawal dengan keizinan kerajaan Mesir dan Israel. Kadang-kadang 3 bulan atau 4 bulan sekali.

Jadi beberapa tahun lepas, saya bersama isteri dan anak sulung (Naeem) telah bermusafir ke Malaysia. Sekembalinya dari tanah air, dan dalam perjalanan untuk sampai ke Gaza semula, di Mesir, keadaan di sempadan Rafah ini seolah-olah keadaan di padang Mahsyar.

Berkumpul ribuan penduduk yang cuba untuk masuk ke Gaza dari pintu sempadan ni, dengan pengurusannya yang sangat-sangat buruk dan tidak sistematik. Kadang-kadang kena tunggu 2 hari.

Masa ketika itu isteri saya menunggu dalam keadaan sedang mengandung, anak yang pertama (sepatutnya). Sebabkan keadaan itu, pihak kerajaan Mesir rasa kesian dan dia tak dibenarkan masuk cara biasa tapi dibuka sebuah pintu yang kecil

Itu pun selepas beberapa jam menunggu dalam keadaan yang penat dan terpaksa berdiri untuk dibenarkan masuk.

Kami pun masuk melalui bawah pagar tu, merangkak perlahan-lahan untuk sampai kepada isteri.

Alhamdulilah selepas penat yang begitu panjang, kami akhirnya dapat masuk ke Gaza semula.

Tapi selepas dua minggu, suatu hari isteri saya tiba-tiba meraung kesakitan. diikuti pendarahan dan ketulan-ketulan janin yang hancur.

Kami dapat tahu kami kehilangan anak yang pertama kerana kepenatan yang melampau dalam tempoh dua minggu lepas, atau setepatnya ketika di sempadan tu

Itulah pengalaman peribadi yang sangat menyedihkan, susah payah yang terpaksa kami tempuhi untuk masuk ke Gaza dalam keadaan yang sangat menyusahkan hingga anak yang dikandung pun terkorban.

KEBAIKAN BERPANJANGAN

Setiap sumbangan yang disalurkan ke Persatuan Cinta Gaza Malaysia akan diagih-agihkan kepada mangsa di Palestin secepat mungkin.

Nadir sendiri yang menjadi wakil penyumbang, dengan harapan dapat membantu mereka yang terjejas teruk di Gaza.

“Selepas perang, kita mahu memastikan bantuan penyediaan tempat tidur, sumber air, tandas sementara tak sampai ke tahap pusat pelarian.

Kita perlukan jumlah yang lebih besar selepas perang untuk pastikan rumah, hospital dan sekolah yang telah dibom dapat dibangunkan semula selepas perang.” Nadir Al-Nuri

Kasih sayang terhadap isteri dan anak-anaknya di Palestin membuatkan semangat Nadir lebih berkobar-kobar ingin memberikan yang terbaik buat semua pihak.

Semoga segala usaha ‘frontliner bantuan kemanusiaan’ Malaysia ini dipermudahkan serta mendapat pembalasan terindah daripada Allah Taala-NONA

Nadir Al-Nuri Lahir di Scotland, Anak Seorang Professor, Kahwini Balu Syahid & Ada 7 Anak, Kehidupan Sederhana Jadi Inspirasi!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Polis tahan lelaki tikam jiran buat bising

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker