Guru meninggal dunia akibat serangan jantung di masjid
Guru meninggal dunia akibat serangan jantung di masjid
Hasrat seorang guru lelaki bersama keluarganya bertandang ke ibu kota tidak kesampaian apabila meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mahu menunaikan solat di Masjid Baharu Benta, Lipis, Pahang, pada Ahad.
Nik Zulkiflee Nik Yusof, 48, dikatakan dalam perjalanan bersama ahli keluarganya dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga sebelum singgah di masjid itu untuk berehat serta solat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Azli Mohd Noor berkata, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan Benta memaklumkan seorang lelaki meninggal dunia, selepas pengsan.
“Sebelum itu, mangsa dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh orang ramai yang berada di masjid itu untuk rawatan.
“Ketika menerima rawatan, guru berkenaan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas di klinik kesihatan tersebut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Katanya lagi, mangsa merupakan guru di Sekolah Rendah Agama Amalin Puteri, Kota Bharu, Kelantan.
“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan mayat telah dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di kampung halamannya,” jelasnya. FMT
Guru meninggal dunia akibat serangan jantung di masjid
Baca Artikel Menarik:
- Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta
- Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH – Annuar Musa
- Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
- Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
- PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
- Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
- Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
- Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.