PRU-15 dipertimbang apabila imunisasi kelompok mencapai 80 peratus

PRU-15 dipertimbang apabila imunisasi kelompok mencapai 80 peratus. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah menolak desakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan.

Dia juga membantah dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba untuk “mengelak” daripada mengadakan pilihan raya umum.

Bercakap kepada New Straits Times, Adun PAS Panchor mempertegas kenyataannya sebelum ini bahawa pilihan raya umum tidak sesuai diadakan sekarang kerana wabak Covid-19.

“Mendesak PM (perdana menteri) untuk berundur atau mendesak kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum bukanlah hal yang tepat untuk dilakukan dengan wabak Covid-19 yang masih ada di negara kita,” katanya, semalam.

Kelmarin, Mohd Amar dipetik Sinar Harian menjelaskan pilihan raya hanya boleh dipertimbang apabila imunisasi kelompok mencapai sasaran 80 peratus.

“Perdana menteri memang berhasrat untuk adakah pilihan raya. Tetapi kerajaan tidak boleh bubar kerana pandemik ini.

“Kalau nak adakan pilihan raya juga, biarlah apabila sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat telah terima suntikan vaksin,” katanya pada 19 Julai.

Mohd Amar juga berkata menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan adalah pilihan yang paling ideal.

Pada Januari, ketika mengumumkan darurat, Muhyiddin berkata semua pilihan raya ditangguhkan sehinggalah penularan jangkitan Covid-19 dapat dibendung.

“Saya memberikan komitmen yang tegas bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik saja jawatankuasa khas bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak Covid-19 dah reda atau pulih sepenuhnya, dan pilihan raya dah selamat untuk diadakan.

“Pada masa itu terpulanglah pada rakyat untuk pilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah negara ini dan jaga kebajikan saudara saudari sekalian.

“Inilah komitmen dan aku janji saya yang akan saya tunaikan,” katanya ketika itu.

Kedua-dua gabungan Umno dan pembangkang Pakatan Harapan mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan.

Awal bulan ini, Majlis Tertinggi Umno menarik sokongan terhadap perdana menteri, berkata “Muhyiddin perlu berundur secara terhormat.”

Umno mempunyai 38 ahli parlimen, yang kebanyakannya mempunyai jawatan dalam kerajaan. Tidak jelas berapa ramai ahli parlimen berkenaan yang akan mematuhi keputusan MT Umno itu.

PH juga menggesa Muhyiddin untuk bertanggung jawab terhadap situasi Covid-19 yang semakin buruk dan berhenti.

Menurut PH, presiden Bersatu telah kehilangan majoriti di Dewan Rakyat berikutan tindakan Umno menentangnya.

PRU-15 dipertimbang apabila imunisasi kelompok mencapai 80 peratus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahidan ingatkan Zahid, UMNO menang besar jika kerjasama dengan PN

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker