Suami Shilpa Shetty ditahan kes filem lucah

Suami Shilpa Shetty ditahan kes filem lucah

NEW DELHI – Polis Mumbai telah menahan suami kepada pelakon popular Bollywood, Shilpa Shetty berhubung dakwaan terlibat dengan penghasilan dan tayangan filem pornografi secara online, lapor laman berita Al Jazeera semalam.

Polis semalam mengumumkan telah menahan Raj Kundra, 45, yang didakwa merupakan ‘individu utama yang bersubahat’ dalam penghasilan dan penerbitan filem pornografi melalui aplikasi internet.

“Kami mempunyai bukti yang cukup berkenaan dakwaan ini,” demikian kata polis dalam satu kenyataan akhbar sambil menambah siasatan terus dijalankan.

Penangkapan tersebut adalah yang yang terbaharu melibatkan skandal Raj.

Pada 2015, Raj telah dilarang seumur hidup daripada semua aktiviti berkaitan sukan kriket, berikutan penyiasatan mengenai penetapan perlawanan ketika bertugas sebagai pemilik bersama dengan sebuah francais dalam Liga Perdana India, Shetty of the Rajasthan Royals.

Menurut laman web lucah Pornhub, India merupakan negara ketiga yang menyumbang trafik terbesar kepada laman itu pada 2018 selepas Amerika Syarikat dan Britain. K Online

Suami Shilpa Shetty ditahan kes filem lucah

hr />

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker