Lelaki disuntik picagari kosong buat laporan polis

Lelaki disuntik picagari kosong buat laporan polis

PETALING JAYA: Seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa divaksin dengan “picagari kosong” di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Negara Bukit Jalil dua hari lalu.

Ling Kwang Chun, 33, memberitahu FMT proses itu mengambil masa kurang 20 saat daripada saat dia mengimbas kod vaksinasi di kaunter.

“Saya merasakan jarum di lengan saya, tetapi mendapati piston hitam itu tidak bergerak sepanjang masa,” katanya sambil menambah petugas itu tidak menunjukkan picagari terbabit sebelum dan selepas proses vaksinasi, tidak seperti ketika dos pertama.

Ling berkata, beliau kemudiannya memaklumkan kakitangan di pusat itu yang beliau pasti dirinya menerima “suntikan kosong” kerana tidak nampak sebarang pergerakan piston picagari.

“Mereka beritahu saya ia biasanya dilihat begitu. Saya terkejut kerana mereka sepatutnya memaklumkan petugas lain dan membantu saya memeriksa semula,” katanya kepada FMT.

Katanya, beliau tidak mengambil gambar atau merakamkan video kerana terdapat tanda memberi amaran kepada penerima vaksin supaya tidak menggunakan kamera mereka.

Ling berkata, beliau ke PPV itu pada 5.30 petang 17 Julai lalu untuk menerima dos kedua vaksin Sinovac.

Proses itu lebih pantas berbanding janji temu pertama kerana beliau boleh melangkau proses rundingan dan terus ke kaunter vaksinasi. Di sana, petugas kesihatan segera mengarahkan beliau mengimbas kod vaksinasinya sebelum menarik lengan baju dan mensanitasi lengannya.

Tetapi, katanya, petugas itu tidak menunjukkan picagari sebelum dan selepas vaksinasi, tidak seperti ketika beliau menerima dos pertama.

Ling berkata, lengannya juga tidak merasa sakit atau kesan sampingan lain selepas pulang ke rumah. Ini mendorong beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Selepas itu, saya mendapat panggilan ke Balai Polis Cheras untuk membuat laporan terperinci. Ia mengambil tiga jam dan saya mengulangi semuanya kepada inspektor dia sana yang memberitahu beliau akan menyiasat kes ini.”

Ling berkata, tidak adil untuk sesetengah petugas kesihatan memberikan penerima vaksin harapan palsu yang mereka sudah divaksin sepenuhnya. Implikasi tidak menerima dos kedua seperti membunuh.

“Jika kita kekurangan dos, kadar kematian kita sangat tinggi nanti.”

FMT sudah menghubungi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk komen.

Terdahulu, CITF hari ini dilaporkan berkata, ia mengambil tindakan tatatertib terhadap seorang petugas kesihatan yang tidak menyuntik dos vaksin ke lengan penerima di sebuah PPV pandu lalu di Kedah.

Kejadian yang dirakamkan itu berlaku di PPV Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, dikhaskan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan ahli keluarga mereka, pada 17 Julai lalu.

CITF berkata, ia turut menyiasat dua dakwaan berasingan berhubung picagari kosong ketika vaksinasi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan Bangi Avenue Convention Centre (BACC) hujung minggu lalu. FMT

Lelaki disuntik picagari kosong buat laporan polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

One Comment

  1. Ini bukan kejadian pertama, malah sudah banyak video tular mengenai menyuntik picagiri kosong atau tidak menekan keluar veksin daripada picagiri oleh kekaitangan kesihatan yang bertugas. Ini jelas menunjukkan ada motif jenayah dilakukan. Mungkin ia satu usaha sabotaj terhahap kerajaan bagi membenarkan tuduhan “Kerajaan Gagal” apabila ramai akan jadi mangsa walaupun kononnya sudah mendapat suntikan penuh veksin. Atau ia merupakan satu scam untuk menjual veksin yang tidak digunakan tetapi telah didaftarkan sebagai habis kepada pihak ketiga kerana dikhabarkan ada pihak2 yang mengenakan RM300-RM400 bagi satu suntikan di klinik2 swasta. Pihak berkuasa tidak patut memandang ringan dengan perbuatan khianat ini kerana perbuatan tersebut menggadaikan nyawa rakyat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker