Dia menjaja sebab bosan, jelas suami
‘Dia menjaja sebab bosan’, jelas suami warga emas tular minta duit beli beras
Siapa yang tidak tersentuh melihat susuk seorang wanita yang lanjut usia dan buta sebelah matanya bersila dilantai sambil menjaja sendirian.
Tambah pula ketika masyarakat rata-rata sedang berdepan kesukaran ketika ini menjadikan video yang dimuat naik di akaun Tiktok milik @Hanifasyraf1 pantas tular.
Mendakwa tinggal bersendirian, Che Munah Che Man, 82, dikatakan sanggup ke Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu dari Selinsing Pasir Putih untuk berniaga demi sesuap nasi.
Dalam video tersebut Che Munah dilihat menjual asam keping, nanas dan serai sambil duduk dilantai dengan pakaian yang kotor dan tidak terurus.
Dia tidak meminta sedekah, hanya mahukan bantuan Hanif Asyraf untuk membeli beras sebanyak RM5 dan sedikit makanan untuk mengalas perut sebelum pulang.
Perkongsian Hanif Asyraf itu mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Malah ada yang mempersoalkan di mana anak-anaknya dan pihak bertanggungjawab sambil mendoakan keadaan akan semakin pulih dan hidup ramai insan yang terkesan menjadi lebih baik.
Namun, pendedahan yang dibuat Harian Metro baru-baru ini merungkai segalanya. Suami kepada warga emas yang tular menjaja asam keping di Pasar Siti Khadijah, Abdullah Jusoh, 66 menjelaskan isterinya pergi menjaja untuk menghilangkan rasa bosan.
Malah pasangan yang tidak mempunyai anak itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang mencukupi.
“Saya larang pun, dia tetap pergi juga. Dia akan minta bantuan penduduk untuk menghantarnya ke pekan Selinsing, dan kemudian menaiki teksi untuk ke Kota Bharu.” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumah mereka di Kampung Banggol Pak Esah, baru-baru ini.
Abdullah yang sangat menghargai bantuan mereka yang prihatin, turut berpesan, bagi yang bersimpati, cukup sekadar datang menjenguk mereka untuk bertanya khabar. FMT
Dia menjaja sebab bosan, jelas suami
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober
- Political genius atau Pak Pandir moden
- Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi
- UMNO tarik sokongan kerana masalah ‘kepimpinan’
- Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok
- Resepi Rendang Daging Padang Asli